MELAKA 26 Nov, - Semua pemaju projek di Negara ini termasuk kontraktor binaan digesa menggunakan Sistem Pembangunan Industri (IBS) dalam melaksanakan projek masing-masing bagi mengurangkan pergantungan terhadap pekerja asing.
Menterinya, Datuk Ir. Mohd Zain Mohamaed berkata, usaha itu selaras dengan komitmen kerjaan yang bakal menguatkuasakan penggunaan IBS dalam semua projek kerajaan kelak.
Sehingga November lalu ujarnya, Kementerian mengenal pasti 408 projek yang akan menggunakan IBS dengan kos sebanyak RM9.4 bilion.
"Daripada jumlah itu, sebanyak 189 projek telah ditender dan dalam pelbagai peringkat pelaksanaan seperti pembinaan, penilaian dan tempoh iklan," katanya pada majlis penerangan mengenai Pengiraan Perubahan Harga (VOP) dan IBS di sini hari ini.
Menurut Mohd Zin, sebanyak 121 projek dikenal pasti akan menggunakan system tersebut mulai tahun depan hingga 2010.
Beliau berkata, satu sekretariat IBS Kebangsaan telah ditubuhkan di bawah kementerian bagi melancarkan pelaksanaan sistem tersebut ke atas projek yang dijalankan.
"Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) juga telah membangunkan pusat IBS sebagai rujukan setempat bagi hal-hal berkaitan perancangan, reka bentuk pengeluaran dan latihan pensijilan berkaitan IBS,"ujarnya.
Kata beliau, penggunaan IBS dalam projek pembangunan juga dapat meningkatkan kualiti dan daya saing dalam industri pembinaan.
Katanya, apabila penggunaan IBS ini dipraktikkan sepenuhnya kelak, ia dapat mengurangkan pergantungan tenaga kerja asing kepada 250,000 menjelang tahun 2015.
Sementara itu, sempena lawatan sehari di Melaka hari ini, beliau melaungkan masa meninjau perkembangan projek menaik taraf Jalan Simpang Peringgit - Lapangan Terbang Batu Berendam, di sini yang bermula pada Januari lalu.
Projek bernilai kira-kira RM21 juta dan dijangka siap pada Julai 2010 itu meliputi persimpang Sungai Putat hingga persimpangan Lebuh Raya Sungai Udang - Ayer Keroh - selandar sejauh empat kilometer.
projek pembangunan juga dapat meningkatkan kualiti dan daya saing dalam industri pembinaan.