KUALA LUMPUR 19 Dis- Laporan tentang tahap keselamatan beberapa lokasi perumahan di sekitar kawasan tanah runtuh di Bukit Antarabangsa di sini telah siapkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR)
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Assisten Komisioner Abdul Jalil Hassan berkata, laporan JKR itu telah diserahkan kepada Pejabat Pegawai Daerah Gombak sebelum dikemukakan kepada pihak Kerajaan Negeri Selangor untuk diteliti.
Bagaimanapun beliau tidak mengetahui isi kandungan laporan tersebut.
"Apa yang saya tahu, pegawai daerah akan menyerahkan laporan itu kepada kerajaan negeri," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Tambah Abdul Jalil pihak kerajaan negeri akan meneliti laporan itu sebelum mengambil tindakan untuk kebaikan mangsa tanah runtuh di Bukit Antarabangsa di sini.