Jejambat Bulatan 100 ditutup enam minggu | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama

Klang Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor menutup sepenuhnya jejambat bulatan 100 arah ke Shah Alam di sini untuk kerja-kerja open excavation bagi pembinaan RC slab di kawasan itu.

Ketua Penolong Pengarah (Jalan) JKR negeri, Jalalonmuhali Abd. Rahman berkata, penutupan selama enam minggu sehingga 24 Januari depan itu adalah sebagai satu langkah keselamatan.

Sehubung itu, katanya, pengguna diminta menggunakan tiga jalan alternatif dan juga merancang perjalanan lebih awal.

Katanya, kenderaan dari arah Jambatan Kota boleh masuk ke Persiaran Sultan Ibrahim menuju ke Bulatan 100 dan seterusnya ke Shah Alam.

"Jalan altenatif lain ialah masuk ke Persiaran Sultan Ibrahim, seterusnya ke Jlan Kapar, Jalan Sireh dan terus ke Bulatan 100.

"Kenderaan dari Pelabuhan Klang pula boleh melalui Bulatan Simpang Lima ke Jalan Tengku Kelana seterusnya ke Jambatan Musaeeddin masuk ke Jalan Pasar, Jalan Nanas, Jalan Sireh sehingga ke Bulatan 100," katanya.

Beliau berkata, pemandu juga perlu mematuhi semua arahan papan tanda yang diletakkan.

Penutupan laluan itu adalah sebahagian daripada kerja-kerja menaik taraf Jalan Persekutuan 5 dari Kapar ke Klang.

 

 

 

Tarikh
Surat Khabar
Utusan Malaysia