Jalan utama dibuka | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama

HULU KLANG: Mulai semalam, jalan utama di Bukit Antarabangsa dan kawasan tanah runtuh dibuka untuk laluan penduduk di kawasan terjejas dan tiada penutupan jalan diumumkan Jabatan Kerja Raya (JKR).

Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan, berkata laluan itu mula dibuka dan penduduk boleh menggunanya 24 jam.

"Kami tidak menerima arahan JKR untuk menutup jalan dan ini bermakna laluan itu selamat digunakan," katanya.

Menurutnya, JKR masih menjalankan tugas memeriksa kawasan runtuhan dan satu laporan akan dibentangkan kepada Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebelum 19 Disember ini.

"Pakar cerun dari JKR masih menjalankan tugas mereka dan laporan penuh akan dihantar ke JPM dalam masa terdekat," katanya.

Sementara itu, dua pemilik banglo berhampiran kawasan tanah runtuh mengosongkan rumah mereka dan aktiviti mengangkat barangan dilakukan.

Abdul Jalil berkata, pihak berkuasa membenarkan pemilik rumah mengosongkan kediaman mereka tetapi atas risiko sendiri.

Bagi penduduk kawasan berhampiran, Muhamad Kamaruzaman Saad, 55, berkata dia dan ahli keluarga menyewa di Oakleaf Park Condo dan bercadang pindah dalam masa terdekat

Tarikh
Surat Khabar
Harian Metro