Sempadan kawasan bencana ikut dua warna | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama

KUALA LUMPUR: Polis menetapkan sempadan kawasan kejadian tanah runtuh di Bukikt Antarabangsa kepada dua zon mengikut warna sebagai pemberitahu kepada orang ramai supaya tidak memasuki kawasan berbahaya itu sehingga keselamatannya dapat dipastikan pihak berkuasa.

Ketua Polis Ampang Jaya Asisten Komisioner Abd Jalil Hasan, Berkata 'Ground Zero' (kawasan 14 banglo tertimbus) dikategorikan sebagai zon merah manakala lima taman berhampiran yang tejejas diletakkan di bawah zon kuning.

Penduduk atau orang ramai dilarang sama sekali memasuki zon merah menakala bagi zon kuning, penduduk dibenarkan masuk hanya untuk mengambil domumen penting saja tetapi perlu mendaftar bagi mendapatkan pas masuk dikaunter Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) terlebih dulu.

"Penduduk tidak dibenarkan sama sekali memindahkan barangan peribadi mereka atas sebab keselamatan memandangkan Jabatan Kerja Raya dan Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram) belum mengesahkan tahap keselamatannya," katanya pada sidang media di sini, semalam.  Hadir sama, Pegawai Daerah Gombak Huzaini Samsi.

ABD Jalil berkata, penduduk tidak dibenarkan masuk ke zon kuning untuk mengambil barangan peribadi sehingga 19 Disimber ini kerana pada tarikh itu laporan JKR akan memutuskan sama ada kawasan perumahan mereka selamat untuk dimasuki atau tidak.

Katanya, MPAJ akan memagar kawasan Zon merah itu dalam masa terdekat dan penghuni 14 banglo terbabit dilarang sama sekali memasuki kawasan rumah mereka.

"Ini atas sebab keselamatan kerana tanah di kawasan itu disahkan tidak stabil dan akan mengancam nyawa penduduk sekirana mereka memasuki 'graund zero itu,' katanya.

Sementara itu, Abd Jalil berkata, setakat semalam polis menerima 207 laporan, termasuk satu membabitkan kecurian di kawasan 'ground zero' manakala selebihnya kehilangan binatang peliharaan dan laporan bagi membolehkan penghuni mendapatkan cuti pelepasan daripada majikan.

 

Tarikh
Surat Khabar
Berita Harian