KUALA LUMPUR 14 Dis- Jawatankuasa Bertindak Bukit Antarabangsa bersetuju dengan pandangan Menteri Kerja Raya, Datuk Ir. Mohd Zin Mohamad yang mengatakan kejadian tanah runtuh di penempatan itu pada 6 Disember lalu adalah disebabkan oleh kecuaian manusia.
Pengerusinya, Datuk N.Muneandy berkata, Mohd Zin merupakan individu yang paling tepat untuk mengeluarkan kenyataan sedemikian berdasarkan portfolionya pada masa kini.
"Akhirnya, ada pihak yang menyokong pendirian kami bahawa runtuhan tanah di Bukit Antaranbangsa bukan disebabkan oleh bencana alam," katanya kepada pemberita dekat sini hari ini.
Semalam, Mohd Zin melahirkan rasa terkejutnya apabila mendapati terdapat air hujan yang bertakung di Taman Bukit Mewah yang dipercayainya menjadi punca pada kejadian tanah runtuh di situ 6 Disember lalu.
"Saya percaya kejadian ini berpunca daripada perbuatan manusia dan bukannya kejadian alam semula jadi, "katanya"
Pada 6 disember lalu, empat mangsa terbunuh dan 14 lagi cedera apabila 14 buah banglo di Taman Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa dekat sini ranap dalam kejadian tanah runtuh