Diskaun tol PLUS bermula | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama

KUALA LUMPUR Bermula semalam, pemandu kenderaan ringan (Kelas 1) yang menggunakan Lebuh Raya Utara Selatan dan Lebuh raya Elite menikmati diskaun bayaran tol sebanyak 20 peratus.

Bagaimanapun, diskaun itu hanya untuk penggunaan di antara pukul 12 tengah malam hingga 7 pagi sahaja berkuat kuasa sehingga 31 Disember 2010.

Pengarah Urusan PLUS expressway Berhad, Noorizah Abdul Hamid berkata, pemberian diskaun itu adalah salah satu insiatif PLUS untuk memberi nilai tambah kepada pengguna.

Menurutnya, insentif itu terbahagi kepada tiga jenis dengan yang pertama ialah dengan memberi diskaun bayaran tol sebanyak 10 peratus setiap hari ini.

Insentif kedua pula, katanya memberikan tambahan diskaun 10 peratus lagi untuk penggunaan pada Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Hari Krismas.

Sebagai contoh, katanya, menerusi insentif pertama, pemandu dari Plaza Tol Jalan Duta ke Plaza Tol Ipoh Selatan akan membayar RM 23.80 berbanding bayaran bayaran normal RM 26.50.

"Insentif kedua pula menyaksikan pengguna dari lokasi yang sama hanya akan dikenakan  bayarah RM 21.40." kata Noorizah.

Sementara itu, insentif ketiga pula ialah rebet lima peratus untuk mereka yang menggunakan sistem bayaran tol eletronik dengan bayaran terkumpul minimun RM 200 setiap bulan.

Jelasnya, rebet ini diberikan kepada pengguna berdaftar Program Loyalti PLUS yang dilancarkan pada 17 Disember lalu.

Program Loyalti PLUS adalah untuk menggalakkan pengguna berpindah kepada sistem pembayaran tol secara elektronik dengan penggunnan kad Plusmiles.    

Tarikh
Surat Khabar
Utusan Malaysia