JKR sudah siapkan laporan status tanah | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama

KUALA LUMPUR - Jabatan Kerja Raya (JKR) telah menyiapkan laporan status tanah di Bukit Antarabangsa dan diserahkan kepada Pegawai Daerah (DO) untuk dilanjutkan kepada kerajaan Selangor.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan berkata, laporan tersebut akan diserahkan kepada pihak-pihak yang berkenaan untuk diteliti sebelum membuat sebarang keputusan.

Sementara itu, pihak Majlis Perbandaran Ampang jaya (MPAJ) melakukan pembersihan jalan sebanyak 40 trip lori bagi pembukaan jalan baru.

"Jarak yang berjaya dibuka setakat jam 11 tadi (semalam) adalah sejauh 45 meter dan baki ada lagi sejauh 65 meter.

"Seperti mana yang dihebahkan oleh MPAJ sebelum cuti sekolah berakhir jalan utama ini dijangka siap tetapi ia bergantung juga kepada keadaan cuaca," katanya pada sidang media di sini, semalam.

Kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa 6 Disember lalu telah meranapkan 14 buah banglo dan mengorbankan empat mangsa dalam kejadian tersebut.

Kejadian ngeri itu mengakibatkan jalan-jalan utama yang menghubungkan kawasan tanah runtuh itu terputus.

 

Tarikh
Surat Khabar
Sinar Harian