Tahun Baru Cina Diskaun 20% kadar tol | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama

KUALA LUMPUR 21 Jan- Sempena Tahun Baru Cina, pengguna yang memandu kereta persendirian dari pukul 12 tengah malam hingga 7 pagi akan menikmati diskaun 20 peratus termasuk tambahan 10 peratus kadar tol di Lebuh Raya Utara-Selatan dan Lebuh Raya Elite bermula hari ini.

Diskaun tambahan 10 peratus kepada 20 peratus itu diberi kepada para pengguna kedua-dua lebuh raya itu pada enam hari terpilih iaitu hari ini, esok serta 22,23,26,29 dan 30 Januari ini.

Berkuat kuasa 1 Januari lalu, diskaun 10 peratus diberi kepada pengguna kereta persendirian (kenderaan kelas 1) yang memasuki lebuh raya dari pukul 12 tengah malam hingga 7 pagi.

Pengarah Urusan PLUS Expressway Berhad (PLUS), Noorizah Abd Hamid berkata tawaran ini merupakan insentif syarikat itu dalam usaha mengurangkan kesesakan pada waktu puncak.

"Ia juga memberi peluang kepada pengguna menikmati bayaran yang lebih rendah pada hari dan waktu ditetapkan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Tarikh
Surat Khabar
Utusan Malaysia