KUALA LUMPUR Sistem Penyuraian Trafik KL Barat Sdn. Bhd. (Sprint) akan menutup kedua-dua arah lebuh raya itu di Kilometer 1.5 sehingga Dijaya Land Sdn. Bhd.) mulai Ahad ini sehingga 23 Hanuari depan.
Pengurus Komunikasi Sprint, Bhavani Krishna Iyer memberitahu, penutupan dari pukul 12 malam hingga 6 pagi itu adalah bagi membolehkan Kerja-kerja pembinaan jejambat, jalan susur dan Kerja-kerja berkaitan dilaksanakan di kawasan itu.
Sehubungan itu, katanya, semua pengguna Sprint yang melalui kawasan itu dinasihatkan supaya menggunakan laluan alternative untuk menuju ke destinasi masing-masing.
Katanya, pengguna dari Kuala Lumpur yang menuju ke Lebuh Raya baru Lembah Klang (NKVE), Kampung Kayu Ara, SS 2 Lebuh Raya Damansara Puchong (LDP) dan Puchong dinasihatkan supaya menggunakan jejambat bertingkat Taman Tun Dr. Ismasil (TTDI) selepas plaza tol Damansara.
Katanya, pengguna dari NKVE dan Kampung Kayu Ara yang menuju ke pusat bandar raya pula perlu membelok ke kiri di persimpangan Damansara Utama ke arah LDP untuk menuju ke persimpangan bertingkat TTDI.
Bhavani menambah, bagi pengguna dari SS2 LDP serta Puchong yang menuju ke pusat bandar, mereka perlu menggunakan terowong di persimpangan Damansara Utama ke persimpangan bertingkat TTDI sebelum membelok kanan ke Sprint dan terus menuju ke pusat bandar.
Beliau berkata, semua pengguna dinasihatkan agar mematuhi papan-papan tanda yang disediakan.