Penutupan sementara Lorong SmartTag | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama

kUALA LUMPUR 29 Jan- Projek Lintasan Kota Sdn Bhd, akan menutup satu lorong SmartTag dari arah Ampang ke Kuala Lumpur bermula pukul 10 malam esok hingga 12 tengah malam 2 Februari. 

Pengurus Besar Bahagian Pembangunan Organisasi dan Sokongan syarikat konsesi bagi Lebuh raya Bertingkat Ampang- Kuala Lumpur (AKLEH) itu, Azhari Karim berkata, penutupan sementara tersebut adalah bagi menaik taraf lorong tol lebuh raya dengan sistem SmartTag yang terkini.

"Bagaimanapun, lorong SmartTag lain akan beroperasi seperti biasa," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

 

 

Tarikh
Surat Khabar
Utusan Malaysia