Laluan masuk ibu negara sesak | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama

KUALA LUMPUR: Keadaan laluan ke pusat bandar sesak, bermula petang semalam, apabila warga kota kembali ke ibu negara selepas selepas cuti panjang sempena sambutan Tahun Baru Cina. 

Tinjauan Berita Harian di beberapa lebuh raya utama menghala ke ibu negara mendapati keadaan lalu lintas sesak dan kenderaan bergerak perlahan serta terpaksa beratur panjang di tol. 

Jurucakap Plus Expressways Berhad (Plus) ketika dihubungi berkata, kenderaan mula memenuhi lalu lintas seawal pagi namun kenderaan bertambah menjelang petang menyebabkan beberapa laluan mengalami kesesakan. 

Bagaimanapun, katanya, keadaan terkawal dan yakin, cuti panjang sehingga hujung minggu ini menjadi satu faktor menyebabkan keadaan lalu lintas tidak seteruk yang dijangkakan.

Antara laluan terbabit, katanya, adalah dari Senawang menghala ke utara dan dari Juru menghala ke Ipoh serta selatan.

Keadaan agak tekawal pada sebelah pagi di kebanyakkan laluan masuk tetapi semakin sesak dan sibuk pada sebelah petang dan menjelang malam.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat berhubung keadaan lalu lintas terkini di beberapa lebuh raya boleh menghubungai Plus di talian bebas tol 1-800-88-0000


 

Tarikh
Surat Khabar
Berita Harian