Henti kaedah timbus tanah di cerun bukit | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama

SUBANG - Kementcrian Kcrja Raya menyarankan pemaju dan kontraktor menghentikan segera kerja-kerja mengukuhkan cerun bukit menerusi kaedah `tip-fill slope' bagi mengelak kejadian tanah runtuh berulang. 

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri lr Mohd Zin Mohamed berkata, ini berikutan hasil kajian ke atas beberapa kejadian tanah runtuh di kawasan Ulu Klang mendapati kaedah itu digunakan dalam pembangunan di cerun bukit berkenaan. 

"Kita hanya memberi nasihat kepada mereka, terpulanglah kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang melanggar spesifikasi pemadatan tanah," katanya pada siding media selepas merasmikan seminar mengenai pembangunan di lereng bukit, si sini, semalam.

Kaedah 'tip-fill slope' dilakukan dengan mengambil tanah dari satu kawasan dan menimbusnya keatas cerun bukit untuk pemadatan tanah di kawasan pembangunan cerun bukit.

Menurutnya, kaedah itu berbeza dengan cerun semula jadi kerana 'tip-fill slope' adalah buatan manusia yang boleh mengakibatkan Lumpur, tanah runtuh dan kejatuhan batu seterusnya membawa kepada bencana alam.

Beliau berkata, Cawangan Cerun jabatan Kerja raya sedang mengambil langkah-langkah pemeriksaan terhadap kaedah itu, system penahan cerun, cerun berbatu dan yang berkaitan untuk keselamatan awam.

Mohd Zin berkata, setiap projek pembangunan di cerun bukit perlu mematuhi polisi, prosedur dan peraturan ditetapkan bagi mengelak berulangnya insiden tanah runtuh.

Menurutnya, system saliran air dalam pembangunan cerun bukit juga perlu mengalir dengan betul tanpa wujudnya sekatan air dalam kawasan cerun bukit.

'Seperti di Hongkong, setiap paip air mesti didedahkan dan tidak boleh ditanam untuk memudahkan pengawasan kestabilan cerun boleh dilakukan.

'Jika kita tanam (paip) , satu masalah hanya dapat dikesan apabila wujudnya mata air, oleh itu pendekatan seperti ini perlu kita lakukan di sini,' katanya.

Beliau berkata kontraktor berkenaan perlu mendapatkan bantuan daripada jurutera berpengalaman, institusi Jurutera Malaysia, Lembaga jurutera Malaysia, Persatuan Jurutera Perunding, Pihak Berkuasa Tempatan serta golongan professional bagi setiap pembangunan di cerun bukit.

Terdahulu semasa berucap pada seminar, yang dihadiri oleh jurutera sector kerajaan dan seasta, beliau berharap seminar itu dapat digunakan sebagai satu platform bagi mewujudkan kerjasama dalam mempastikan projek pembangunan di kawasan cerun bukit selamat untuk diduduki dan menguntungkan kesemua pihak.

Tarikh
Surat Khabar
Sinar Harian