Aduan jalan sempit tak tepat. | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama

KEMENTERIAN Kerja raya merujuk kepada aduan ' Jarina Bibi Mohd Yaakob mengenai Jalan Nilai Pajam-Mantin terlalu Sempit , Tiada Lampu yang disiarkan ruangan ini 9 Februari lalu.

Selepas kementerian menjalankan siasatan dan lawatan tapak pada 18 Februari mendapati Jalan Nilai-Pajam-Mantin dikenal pasti sebagai Jalan Persekutuan FT 3265 yang terletak dalam kawasan perindustrian Nilai, Seremban.

Jalan Persekutuan dua  hala ini adalah dalam keadaan yang baik, mempunyai lampu jalan serta lebar jalan mencukupi untuk laluan semua jenis kenderaan.

Bagaimanapun hanya ada beberapa lokasi di dapati jalannya agak sempit dan lampu jalan berada dalam keadaan yang agak jauh antara satu sama lain.

Untuk pengetahuan pengadu, jalan yang dimaksudkan adalah terlalu panjang dan ada juga Jalan Negeri yang bukan dibawah tanggungjawab kementerian.

Kementerian memohon pengadu menghubungi kementerian untuk menjelaskan lokasi yang khusus aduan ini atau membuat aduan secara online di pro @ kkr.gov.my atau www.kkr.gov.my    

 

Tarikh
Surat Khabar
New Straits Times