Projek jambatan Bukit Kuang dalam proses tender | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama

Kementerian Kerja Raya ingin merujuk kepada aduan 'Bosan Sokmo' bertajuk 'Jambatan kedua Atasi Kesesakan Bukit Kuang' yang disiarkan ruangan ini 16 Februari lalu.

Hasil permantauan kementerian, diakui berlaku kesesakan luar biasa pada laluan berkenaan.

Untuk makluman, satu projek membina jambatan baru di Seksyen 392 laluan FT003 (Bukit Kuang-Bakau Tinggi), Kemaman, Terengganu sudah diluluskan dengan harga siling asal RM30.4 juta.

Skop asal projek itu adalah untuk mambina sebuah jambatan konkrit sepanjang 400 meter merentasi Sungai Chukai, Kemaman termasuk jalan tuju di kedua-dua bahagian berkenaan.

Bagaimanapun, Unit Perancang Ekonomi Negeri Terengganu, (UPEN Terengganu) memohon supaya ketinggian jambatan dinaikkan sebanyak 15 meter untuk membolehkan kapal melaluinya.

Permintaan perubahan skop menyebabkan kos meningkat kepada RM 100 juta.

Kini, Projek itu sudah sedia untuk ditender. Mengenai komen pengadu berhubung taraf jalan raya di daerah Kemaman berlubang, tidak rata dan sempit, kementerian juga menjalankan siasatan dan mendapati jalan Persekutuan di daerah itu dalam keadaan baik dan kementerian sentiasa memantau dari semasa ke semasa.      

 

Tarikh
Surat Khabar
Berita Harian