Kursus binaan bangunan di lima IKBN | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama

Kursus binaan bangunan di lima IKBN

Minat dalam bidang pembinaan, tapi tidak tahu ke mana institusi yang sesuai untuk melanjutkan pelajaran ?

Apa kata anda cuba mendaftarkan diri  Institut Kemahiran Belia Negara  Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Lima IKBN iaitu IKBN Chembong, Negeri Sembilan, Bachok, Kelantan, Kinarut Sabah, Kuala Perlis, Perlis dan Wakaf Tapai, Terengganu menyediakan kursus kemahiran tersebut.

Apa yang perlu dilakukan hanya mengisi borong  permohonan dan bersedia untuk mengikuti kursus kemahiran.

Menurut Penolong Pengarah Kanan Cawangan Pentauliahan dan Hubungan Industri, Bahagian Pembangunan Kemanusian KBS, Yusop Ibrahim, modul latihan untuk Jurusan Jurubina Bangunan ialah menjalankan kursus persijilan SKM satu, dua dan tiga.

Menurutnya, pada tahap satu dan dua pelatih perlu menjalani latihan industri selama tiga bulan di sector swasta dan kerajaan.

 

Syarat Kemasukan

-  Tamat Tingkatan Lima/Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV)- Warganegara Malaysia- Belum berkahwin/bujang- Tidak Rabun warna- Sihat tubuh badan dan tidak cacat anggota- Tidak Pernak terbabit dengan kesalahan jenayah dan penyelahgunaan dadah- Belum pernak mengikuti latihan dari mana-mana institute latihan- Sanggup  menjalani latihan sehingga tamat latihan  dan mengikuti segala peraturan yang telah, sedang dan akan ditetapkan.

Persijilan 

Pelajar yang tamat dengan jayanya ditauliahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia mengikut tahap yang dipelajari

Peralatan/Mesin/Bahan/Kemudahan

- Latitahn yang disediakan adalah mengikut keperluan pembelajaran yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran 

- Institut menyediakan bahan yang mencukupi seperti mesin dan peralatan dan semua kemudahan untuk latihan  termasuk Pusat Sumber untuk kemudahan pelajar mentelaah pelajaran dan rujukan dan membuat rujukan.

Tempoh Kursus

- Tahap 1- enam bulan- Tahap 2- enam bulan + tiga bulan On job Training- Tahap 3- 12 bulan + tiga bulan On job Training

Cara Permohonan

Calon dikehendaki mengemukakan permohonan secara atas talian di laman web http://www.kbs.gov.my

Tarikh
Surat Khabar
Utusan Malaysia