KUALA LUMPUR- Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) akan membuka satu laluan kontra antara Kilometer 63.77 dan Kilometer 63.95 bagi arah selatan dan Kilometer 64.50 hingga Kilometer 64.72 bagi arah utara di lebuh raya itu untuk kerja penyelenggaraan bermula hari ini hingga 13 Mei.
Dalam satu kenyataannya semalam, Plus menasihati pengguna supaya memandu dengan berhati-hati dan mematuhi semua arahan ketika menggunakan laluan itu.
Untuk keterangan lanjut pengguna jalan raya boleh menghubungi PLUSLine di 1-800-88-0000 atau Jabatan Komunikasi Korporat menerusi 03-76664698.
Tarikh