Bina jalan sehala tanpa kebenaran DBKL | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama

SEGAMBUT – Ahli Perliman Segambut Lim Lip Eng mahu Rangkaian Lebuhraya Duta – Ulu Kelang (DUKE) membuka kembali lalauan sehala kepada dua hala di Jalan 4/42A.

Dalam satu surat yang dikelarkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur DBKL kepad beliau, laluan sehala itu dibuat tanpa merujuk kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) tersebut dahulu.

Menurut Lim Eng, pihak DUKE melanggar undang-undang di bawah Akta Bandar dan Bangunan 1974 di bawah Seksyen 46, iaitu sesiapa yang membuat halangan, binaan, pagar, tembok atau pondok di kawasan awam tanpa permit boleh ditahan polis tanpa waran ataupun pihak berkuasa tempatan dengan kuasa majisteret boleh didenda RM500 hingga Rm1,000.

“Apa yang saya tahu DUKE tidak pernah merujuk kepada penduduk dan PBT untuk mengadakan jalan sehala ini dan saya berharap polis dapat mengambil tindakan sewajarnya,” katanya ketika ditemui pada sidang media, di sini.

Banyak masalah berlaku hingga perniagaan beberapa restoran di sini turut terjejas berikutan tindakan membina jalan sehala di situ.

Sebelum ini keputausan DUKE untuk mengadakan jalan sehala di situ sejak dua bulan lalu, menyebabkan lebih 15,000 penduduk dari Taman Sejahtera, Taman Kepong Baru, Taman Kok Doh, Kampung Pasir, Taman Lawa dan Taman Sri Segambut terpaksa menempuh laluan sama untuk keluar ke Jalan Kucing setiap menyebabkan kesesakan tidak terkawal.

Sementara itu Timbalan Pengerusi Komuniti Bistari Jinjang Selatan Tambahan, Emran Hasbullah berkata, DUKE perlu mengadakan jalan dua hala semula untuk memberikan keselesaan kepada penduduk di kawasan itu.

“Kita harap mereka faham masalah yang dihadapi penduduk beberapa kawasab perumahan di sini dan meminta mereka untuk mengeluarkan papan tanda jalan sehala itu secepat yang mungkin kerana melalui surat DBKL jelas mereka membinanya secara haram,” katanya.

Menurut Emran, penduduk tidak akan teragak-agak mengambil tindakan sendiri, termasuk merobohkan papan tanda sehala di situ jika sekiranya pihak DUKE enggan memberikan kerjasama.
 

Tarikh
Surat Khabar
Sinar Harian