PRA KELAYAKAN MEMBINA JALAN DARI MENGKARAK STATION - KG MENTERI - FELDA MENGKARAK 2, BERA, PAHANG
CAWANGAN KONTRAK DAN UKUR BAHAN , IBU PEJABAT JKR MALAYSIA, MENARA TUN ISMAIL MOHAMAD ALI, NO.25, JALAN RAJA LAUT, 50582 KUALA LUMPUR
T1
BUMIPUTERA
KEJURUTERAAN AWAM
CE01 & CE02
TIADA
| MAKLUMAT DOKUMEN | ||
| HARGA | RM 50 | |
| MAKLUMAT BAYARAN | KKR 177501/JKR/CKUB/23701/2025 | |
| TARIKH MULA DIJUAL | 17/11/2025 | |
| TARIKH AKHIR DIJUAL | 24/11/2025 | |
| TEMPAT DIJUAL | ATAS TALIAN | |
| WAKTU TUTUP JUAL TENDER | 05:00 PM | |
| TEMPAT DITUTUP | ATAS TALIAN | |
| TARIKH TENDER DITUTUP | 19/12/2025 | |
| WAKTU TENDER DITUTUP | 12:00 PM | |
| NOTA | JKR E-TENDERING (SISTEM JET) 1. Petender hendaklah mengambil perhatian bahawa proses tender bagi projek ini dilaksanakan secara dalam talian melalui Sistem JET. Petender perlu berdaftar dengan Sistem JET melalui laman sesawang https://tender.jkr.gov.my dan mempunyai akaun pengguna (Kontraktor) bagi menyertai tender projek ini. 2. Petender perlu memuat naik sijil pendaftaran yang berkaitan dan resit pembayaran melalui JomPAY bagi tujuan pembelian Dokumen Pra-Kelayakan secara dalam talian. Dokumen Pra-Kelayakan hanya akan dijual kepada Petender yang layak berdasarkan kepada maklumat pendaftaran dan bukti pembayaran yang dikemukakan. 3. Petender yang layak menyertai tender perlu membuat pembayaran secara dalam talian dalam tempoh penjualan yang telah ditetapkan. Bayaran tidak akan dikembalikan bagi Petender yang tidak memenuhi kriteria-kriteria yang telah ditetapkan dalam iklan tender. 4. Petender yang memenuhi kriteria yang telah ditetapkan akan menerima emel pemakluman bagi pengesahan pembelian Dokumen Pra-Kelayakan dan boleh memuat turun dokumen Pra-Kelayakan secara salinan lembut (softcopy) melalui Sistem JET. Petender hendaklah memastikan semua dokumen yang telah dimuat turun adalah sebagaimana yang telah disenaraikan dalam Senarai Semakan Dokumen Yang Perlu Dimuat Turun Oleh Petender bagi Pra-Kelayakan. 5. Kontraktor tidak dibenarkan untuk meminda mana-mana kandungan di dalam Dokumen Pra-Kelayakan yang dikemukakan. Mana-mana kontraktor yang didapati meminda Dokumen Pra-Kelayakan boleh menyebabkan tendernya ditolak. 6. Petender bertanggungjawab sepenuhnya bagi memastikan setiap dokumen pra-kelayakan yang dimuat turun adalah lengkap. Sekiranya terdapat apa-apa ketidaksempurnaan pada dokumen atau muka surat di dalam dokumen pra-kelayakan berkenaan berdasarkan semakan oleh Petender dengan Dokumen Meja Tender yang dipaparkan dalam Sistem JET, adalah menjadi tanggungjawab Petender untuk merujuk kepada pejabat yang mengeluarkan tender supaya pembetulan kepada ketidaksempurnaan tersebut dapat dibuat. 7. Petender usahasama hendaklah mengemukakan perjanjian usahasama. Perjanjian tersebut hendaklah mengandungi pegangan equity setiap rakan usahasama dan bertanggungjawab secara jointly & severally dan ditandatangani oleh kesemua rakan usahasama dan disetemkan. 8. Kerajaan tidak akan bertanggungjawab sekiranya Petender cuai dalam memastikan kesempurnaan dokumen-dokumen pendaftaran dan resit pembayaran yang dimuat naik, dokumen yang perlu dimuat turun, dokumen-dokumen untuk penyerahan tender Pra-Kelayakan dan sebarang aduan berkaitan perkara ini tidak akan dilayan 9. Dokumen Pra-Kelayakan yang telah dilengkapkan dan ditandatangani hendaklah dikemukakan secara atas talian melalui Sistem JET sebelum atau pada 19 DIsember 2025 (Jumaat) sebelum jam 12:00 tengahari. | |
| KRITERIA PRA KELAYAKAN |
| |||||||