PEMBINAAN SEBUAH MASJID BARU, MASJID AS-SOLIHIN, MUKIM CHUPING, PERLIS | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
Jenis Perolehan
Tender
Tarikh Iklan
Tajuk Perolehan

PEMBINAAN SEBUAH MASJID BARU, MASJID AS-SOLIHIN, MUKIM CHUPING, PERLIS

Pejabat Yang Memanggil

CAWANGAN KONTRAK DAN UKUR BAHAN

Status Syarikat

BUMIPUTERA

Gred CIDB
G6
Kategori

B

Pengkhususan

B01 & B04

Tarikh Mula Dijual
Tarikh Akhir Dijual
Harga Dokumen
RM300.00
Lawatan Tapak

TIADA LAWATAN TAPAK

MAKLUMAT LAWATAN ADALAH SEPERTI BERIKUT:
TARIKH LAWATAN:
MASA LAWATAN:
LOKASI LAWATAN: (LAWATAN TAPAK TIDAK WAJIB) (DIGALAKKAN) LOKASI : LOT 5964 & LOT 5965, JALAN KUBANG PERUN, PADANG ALOR BAGUS, MUKIM CHUPING, PERLIS KOORDINAT TAPAK 6.489957,100.270761

MAKLUMAT TAKLIMAT ADALAH SEPERTI BERIKUT:
TARIKH TAKLIMAT:
MASA TAKLIMAT:
LOKASI TAKLIMAT: Slide Taklimat - Sila lihat pautan google drive yang diberikan di ruang nota iklan ini

MAKLUMAT DOKUMEN 
HARGARM 300
MAKLUMAT BAYARAN

JOMPAY

BILLER CODE:KKR 177501
NOTA: KEMENTERIAN KERJA RAYA
REF 1: JKR / CKUB / 24138 / 2025
Ref 2: NAMA SYARIKAT ANDA

BAYARAN TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN SEKIRANYA PETENDER GAGAL MEMENUHI SYARAT-SYARAT YANG TELAH DITETAPKAN.

PAUTAN UNTUK MEMUAT TURUN DOKUMEN TENDER (JIKA BERKENAAN) AKAN DIAKTIFKAN SETELAH SELESAI PROSES LAWATAN TAPAK/TAKLIMAT TENDER (SEKIRANYA WAJIB) DAN PEMBAYARAN. PETENDER DIKEHENDAKI LOG MASUK KE DALAM SISTEM UNTUK MEMUAT TURUN DOKUMEN TENDER.

TARIKH MULA DIJUAL13/11/2025
TARIKH AKHIR DIJUAL19/11/2025
TEMPAT DIJUALSISTEM JET
WAKTU TUTUP JUAL TENDER05:00 PM
TEMPAT DITUTUPSISTEM JET
TARIKH TENDER DITUTUP10/12/2025
WAKTU TENDER DITUTUP12:00 PM
NOTATIDAK DIBENARKAN MEMOHON KEBENARAN KHAS DARIPADA CIDB,PUKONSA,UPKJ UNTUK PENGKHUSUSAN BIDANG KERJA YANG TELAH DITETAPKAN

1) JKR E-TENDERING (SISTEM JET) :
Proses tender ini dilaksanakan secara dalam talian melalui Sistem JET.

a) Petender yang yang memenuhi syarat-syarat pendaftaran dan berminat menyertai tender hendaklah membuat pendaftaran dalam portal https://tender.jkr.gov.my. Pendaftaran akaun pengguna (kontraktor) hanya perlu dibuat sekali sahaja dengan menggunakan nama syarikat yang berkenaan.

b) Hanya petender berdaftar sahaja boleh menyertai tender yang menggunakan Sistem JET. Langkah-langkah untuk membuka akaun dan mendaftar masuk sistem boleh dirujuk menerusi Manual Pengguna yang boleh dimuat turun melalui portal https://tender.jkr.gov.my.

c) Petender yang telah berdaftar dengan Sistem JET akan menerima ID dan kata laluan untuk log masuk, melihat paparan iklan, membeli dan mengemukakan dokumen tender.

2) TAKLIMAT TENDER & LAWATAN TAPAK :

a) Lawatan tapak dan sesi taklimat adalah tidak wajib. Walau bagaimanapun, petender digalakkan untuk membuat lawatan tapak atas inisiatif sendiri bagi mendapatkan kefahaman yang lebih jelas mengenai skop kerja dan keadaan sebenar di tapak projek.

b) Lawatan tapak ini tidak akan disertai atau diiringi oleh mana-mana pegawai Kerajaan, memandangkan tapak projek merupakan kawasan terbuka (lapang). Petender boleh membuat lawatan berdasarkan alamat dan koordinat tapak yang dinyatakan dalam Iklan Tender bagi tujuan rujukan dan semakan lokasi.

c)Slide taklimat tapak boleh dimuat turun melalui pautan berikut: https://drive.google.com/drive/folders/1Fpuk-_INxJBiG_w65F77V7qZI1YcbSRg?usp=drive_link

d) Segala Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan agensi Kerajaan yang berkaitan hendaklah dipatuhi sekiranya petender membuat lawatan ke tapak projek.

3) PEMBELIAN DOKUMEN TENDER :
a) Kontraktor yang LAYAK perlu memuatnaik salinan (dalam format *pdf) Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dengan CIDB atau (UPKJ), slip kehadiran lawatan tapak dan bukti pembayaran (Slip JomPAY) bagi tujuan pembelian dokumen tender.

b) Pautan untuk memuat turun semua dokumen tender akan dibuka setelah selesai pembayaran, sijil pendaftaran memenuhi kriteria yang ditetapkan dan slip kehadiran taklimat tender/lawatan tapak (JIKA LAWATAN TAPAK WAJIB) telah dimuat naik dan disahkan oleh PMT.

c) Dokumen tender hanya akan dijual kepada petender yang LAYAK berdasarkan kepada maklumat pendaftaran dan bukti pembayaran yang dikemukakan. Bayaran TIDAK akan dikembalikan sekiranya petender gagal memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.

4) PERINGATAN :

a) Pejabat Memanggil Tender (PMT) tidak akan bertanggungjawab di atas kecuaian petender dalam memastikan kesempurnaan penerimaan emel, isu pembayaran dan dokumen yang dimuat turun.

5) SIJIL PEMATUHAN CUKAI (TAX COMPLIANCE CERTIFICATE - TCC) DARIPADA LHDN:

a) Petender DIWAJIBKAN mengemukakan dan memuat naik TCC semasa mengemukakan tawaran secara dalam talian.

6) PENGISYTIHARAN PEMUNYA BENEFISIAL (BENEFICIAL OWNERS-BO) DAN SURAT AKUAN MENANGANI JENAYAH PEMERDAGANGAN ORANG DAN BURUH PAKSA (SA).

a) Petender DIWAJIBKAN mengemukakan dan memuat naik BO dan SA semasa mengemukakan tawaran secara dalam talian.
Tarikh Tutup