SISTEM GAS PETROLEUM CECAIR UNTUK MENYIAPKAN BAKI KERJA PEMBINAAN FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL & VOKASIONAL (FPTV), UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI), KAMPUS TELUK INTAN, PERAK DARUL RIDZUAN (TAWARAN SEMULA)
Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Ibu Pejabat JKR Malaysia
Sebut Harga adalah dipelawa kepada kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) yang masih sah dalam Gred G2 Kategori B Pengkhususan B20 (Kebenaran Khas CIDB adalah tidak dibenarkan)
B
B20
Kontraktor wajib mempunyai Sijil Pematuhan Cukai (Tax Compliance Certificate- TCC) yang dikeluarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berstatus "Patuh" dan masih dalam tempoh sah laku. Kontrakor perlu mengemukakan Pengisytiharaan Pemunya Benefisial (BO) dan Surat Akuan Syarikat dalam Menangani Jenayah Pemerdanganan Orang dan Buruh Paksa.
Kontraktor DIWAJIBKAN menghadiri taklimat sebut harga pada 07 Oktober 2025 (Selasa) jam 10.00 Pagi bertempat di Bilik Nilam 2, Aras 1, Menara Kerja Raya, (Blok G), Jalan Sultan Salahuddin, 50480 Kuala Lumpur pada tarikh dan masa yang ditetapkan. Hanya penama di dalam Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) yang dibenarkan menghadiri sesi taklimat berkenaan.
3. Dokumen Sebut Harga akan dihantar melalui EMEL RASMI SYARIKAT AKTIF SAHAJA (emel persendirian tidak dibenarkan) yang telah dinyatakan di slip kehadiran taklimat sebut harga bagi syarikat yang berjaya melepasi syarat dan kelayakan yang ditetapkan bermula dari 09 Oktober 2025 sehingga 13 Oktober 2025.
4. Dokumen Sebut Harga dalam bentuk salinan cetak yang telah lengkap diisi dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dan ditulis di bahagian atas kiri sampul tersebut NO. SEBUT HARGA: JKR-CKM/7/2025(SH-BRP) berserta TAJUK SEBUT HARGA dan hendaklah dihantar dengan serahan tangan atau perkhidmatan pos dan dan dimasukan ke dalam Peti Tawaran Sebut Harga di alamat seperti berikut Bahagian Kontrak dan Ukur Bahan, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, Ibu Pejabat JKR Malaysia, Tingkat 25, Menara Kerja Raya, Jalan Sultan Salahuddin, 50480 Kuala Lumpur TIDAK LEWAT DARI JAM 12.00 tengah hari, hari Rabu, 22 Oktober 2025.