KERJA MEMBEKAL DAN MEMASANG PAPAN TANDA UNTUK PROJEK KERJA BAIK PULIH SISTEM PERSIDANGAN SERTA KERJA-KERJA BERKAITAN DI DEWAN PERSIDANGAN PARLIMEN MALAYSIA
CAWANGAN KERJA BANGUNAN AM 1, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA
Sebut harga adalah dipelawa daripada kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan CIDB dan mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontaktor (PPK), BPKU Sijil Taraf Bumiputera (STB) serta Sijil Perolehan Kerajaan (SPKK) dalam Gred G1 Kategori B(Bangunan), Pengkhususan B11
B
B11
Diwajibkan menghadiri taklimat dan lawatan tapak pada 12 SEPTEMBER 2025 jam 9.30 PAGI. Taklimat hanya akan diadakan sekali sahaja. Kontraktor dikehendaki berkumpul di BILIK MESYUARAT, PEJABAT TAPAK JKR PROJEK PARLIMEN, KOMPLEKS PARLIMEN MALAYSIA, 50680 KUALA LUMPUR pada tarikh dan masa yang ditetapkan. Hanya penama sah di dalam Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), atau Perakuan Pendaftaran Kementerian Kewangan sahaja dibenarkan menghadiri taklimat dan lawatan tapak ini.
1.Dokumen sebut harga boleh didapati dari tarikh 12 SEPTEMBER 2025 di PEJABAT TAPAK JKR PROJEK PARLIMEN, KOMPLEKS PARLIMEN MALAYSIA, 50680 KUALA LUMPUR.
2.Dokumen Sebut Harga akan dikeluarkan kepada Kontraktor / Penama atau Pemilik Syarikat yang SAH sahaja. Untuk maksud ini Kontraktor dikehendaki membawa Sijil/Perakuan ASAL PPK, STB dan SPKK yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) beserta satu Salinan perakuan/sijil tersebut. Pas atau Slip Kebenaran Khas adalah tidak dibenarkan.
3.Dokumen Sebut Harga yang telah diisi dengan lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga di PEJABAT TAPAK JKR PROJEK PARLIMEN, KOMPLEKS PARLIMEN MALAYSIA, 50680 KUALA LUMPUR tidak lewat dari jam 12.00 tengah hari, hari JUMAAT 19 SEPTEMBER 2025.