CAWANGAN JALAN
KOD BIDANG
330203 (UKUR TANAH)
1- BERDAFTAR DENGAN KEMENTERIAN KEWANGAN DAN BERDAFTAR DI BAWAH KOD BIDANG YANG
DITETAPKAN; DAN
2- TEMPOH PENDAFTARAN DENGAN KEMENTERIAN KEWANGAN MASIH BERKUATKUASA.
Taklimat Tender dan Lawatan Tapak akan diadakan di Jabatan Kerja Raya Kerian, Jalan Pejabat, 34200 Parit Buntar pada 4 SEPTEMBER 2025 jam 9.00 Pagi. Hanya Pemilik Syarikat/Prinsipal atau Penama/Rakan Kongsi yang didaftarkan dalam Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan Sahaja yang dibenarkan hadir. Sila bawa bersama dokumen asal Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan, Sijil Pendaftaran Lembaga Jurukur Tanah Malaysia dan Cop Syarikat Beralamat semasa Taklimat Tender dan Lawatan Tapak.
Tatacara Penyertaan Tender
1) Petender WAJIB mengisi BORANG MAKLUMAT ASAS di pautan yang diberikan di bawah bermula dari 29 OGOS 2025 sehingga 2 SEPTEMBER 2025 sebelum jam 10.00 pagi. Bagi sesi pengisian Borang Maklumat Asas tersebut, hanya PENAMA yang tercatat di dalam Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia sahaja dibenarkan mendaftar. Borang Maklumat Asas yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.
2) Hanya petender yang LAYAK SAHAJA (melepasi saringan berdasarkan Borang Maklumat Asas serta menghadiri sesi Taklimat Tender dan Lawatan Tapak) akan menerima emel bagi pengedaran dokumen pelawaan. Dokumen Pelawaan akan diedarkan bermula pada 9 SEPTEMBER 2025.
3) Petender yang layak perlu memuat turun Dokumen Pelawaan seperti yang tercatat di dalam emel tersebut.
4) Dokumen Pelawaan yang diberikan adalah PERCUMA.
Daftar disini (Borang Maklumat Asas)
https://forms.gle/tDtkiVpJRnN6WrKRA
Cadangan Teknikal dan Cadangan Kos tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Pelawaan terbuka di Unit Tawaran Pusat, Cawangan Pengurusan Perolehan & Harta, Bahagian Kewangan, Tingkat Bawah Blok A, Kementerian Kerja Raya, Kompleks Kerja Raya, Jalan Sultan Salahuddin, 50580 Kuala Lumpur seperti alamat di atas tidak lewat daripada jam 12.00 tengah hari pada 30 SEPTEMBER 2025. Dokumen Cadangan Teknikal dan Cadangan Kos yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.