PENGURUSAN FASILITI DAN PENYELENGGARAAN (FMM) DI KOMPLEKS KEDIAMAN KAKITANGAN AWAM (KKKA) TANJUNG KUPANG, GELANG PATAH, JOHOR BAGI TAHUN 2026 HINGGA 2029 | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
Jenis Perolehan
Tender
Tarikh Iklan
Tajuk Perolehan

PENGURUSAN FASILITI DAN PENYELENGGARAAN (FMM) DI KOMPLEKS KEDIAMAN KAKITANGAN AWAM (KKKA) TANJUNG KUPANG, GELANG PATAH, JOHOR BAGI TAHUN 2026 HINGGA 2029

Pejabat Yang Memanggil

CAWANGAN SENGGARA FASILITI BANGUNAN, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA

Status Syarikat

BUMIPUTERA

Gred CIDB
G7
Kategori

F

Pengkhususan

F01

Tarikh Lawatan Tapak
Tarikh Mula Dijual
Tarikh Akhir Dijual
Harga Dokumen
RM500.00
Lawatan Tapak

WAJIB

MAKLUMAT LAWATAN ADALAH SEPERTI BERIKUT:
TARIKH LAWATAN: 12/08/2025
MASA LAWATAN: 11:00 AM
LOKASI LAWATAN: BERTEMPAT DI DEWAN SERBAGUNA, PEJABAT CAWANGAN KOMPLEKS KEDIAMAN, KAKITANGAN AWAM (KKKA) TANJUNG KUPANG, JOHOR DARUL TAKZIM

MAKLUMAT TAKLIMAT ADALAH SEPERTI BERIKUT:
TARIKH TAKLIMAT: 12/08/2025
MASA TAKLIMAT: 10:00 AM
LOKASI TAKLIMAT: bertempat di DEWAN SERBAGUNA, PEJABAT CAWANGAN KOMPLEKS KEDIAMAN, KAKITANGAN AWAM (KKKA) TANJUNG KUPANG, JOHOR DARUL TAKZIM

MAKLUMAT DOKUMEN 
HARGARM 500.00
MAKLUMAT BAYARANBILLER CODE:KKR 177501
NOTA: KEMENTERIAN KERJA RAYA
REF 1: JKR/IP/CSFB/T03/2025
Ref 2: NAMA SYARIKAT ANDA

BAYARAN TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN SEKIRANYA PETENDER GAGAL MEMENUHI SYARAT-SYARAT YANG TELAH DITETAPKAN.

PAUTAN UNTUK MEMUAT TURUN DOKUMEN TENDER (JIKA BERKENAAN) AKAN DIAKTIFKAN SETELAH SELESAI PROSES LAWATAN TAPAK/TAKLIMAT TENDER (SEKIRANYA WAJIB) DAN PEMBAYARAN. PETENDER DIKEHENDAKI LOG MASUK KE DALAM SISTEM UNTUK MEMUAT TURUN DOKUMEN TENDER.
TARIKH MULA DIJUAL20/08/2025
TARIKH AKHIR DIJUAL27/08/2025
TEMPAT DIJUALSECARA ATAS TALIAN MELALUI SISTEM JKR E-TENDER (JET)
WAKTU TUTUP JUAL TENDER05:00 PM
TEMPAT DITUTUPSECARA ATAS TALIAN MELALUI SISTEM JKR E-TENDER (JET)
TARIKH TENDER DITUTUP17/09/2025
WAKTU TENDER DITUTUP12:00 PM
NOTANOTA IKLAN

1. Taklimat Tender dan Lawatan Tapak adalah DIWAJIBKAN pada 12 Ogos 2025 (Selasa) bertempat di DEWAN SERBAGUNA, PEJABAT CAWANGAN KOMPLEKS KEDIAMAN, KAKITANGAN AWAM (KKKA) TANJUNG KUPANG, JOHOR DARUL TAKZIM pada jam 10.00 pagi. Pendaftaran akan bermula pada jam 9.00 pagi sehingga 10.00 pagi.

2. Bagi Taklimat Tender dan Lawatan Tapak yang diwajibkan, hanya penama yang tercatat di dalam sijil PPK & SPKK CIDB yang dibenarkan menghadiri Taklimat Tender dan Lawatan Tapak berkenaan. Kontraktor/syarikat tidak boleh mewakilkan pegawai selain daripada penama dalam PPK & SPKK.

3. Hanya Kontraktor/syarikat yang TIDAK DIKENAKAN tindakan tatatertib atau penggantungan oleh CIDB sahaja dibenarkan menghadiri sesi taklimat.

4. Kontraktor diwajibkan mengemukakan di dalam Dokumen Tender salinan Sijil Pematuhan Cukai (Tax Compliance Certificate - TCC) yang dikeluarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang masih sah tempoh sah laku dan berstatus “PATUH”

5. Kontroktor diwajibkan mengemukakan di dalam Dokumen Tender Pengisytiharaan Pemunya Benefisial dan Surat Akuan Syarikat Dalam Menangani Jenayah Permadangan Orang dan Buruh Paksa


SISTEM JKR E-TENDER (JET):

Proses tender ini dilaksanakan secara atas talian melalui Sistem JET:

a) Kontraktor yang berminat menyertai tender hendaklah membuat pendaftaran dalam portal https://tender.jkr.gov.my. Pendaftaran akaun pengguna Kontraktor hanya perlu dibuat sekali sahaja dengan menggunakan nama syarikat yang berkenaan.

b) Hanya Kontraktor berdaftar sahaja boleh menyertai tender yang menggunakan Sistem JET. Langkah-langkah untuk membuka akaun dan mendaftar masuk sistem boleh dirujuk menerusi Manual Pengguna yang boleh dimuat turun melalui portal https://tender.jkr.gov.my.

c) Kontraktor yang telah berdaftar dengan Sistem JET akan menerima ID dan Kata Laluan untuk log masuk, melihat paparan iklan, membeli dan mengemukakan dokumen tender.


TAKLIMAT TENDER & LAWATAN TAPAK:

a) Kontraktor yang LAYAK dan berminat dikehendaki untuk memohon untuk hadir ke taklimat tender dan lawatan tapak melalui Sistem JET di portal https://tender.jkr.gov.my sebelum tarikh taklimat tender dan lawatan tapak yang ditetapkan.

b) Permohonan Kontraktor untuk menghadiri taklimat tender dan lawatan tapak akan disahkan oleh pejabat yang mengeluarkan tender.

c) Kontraktor dikehendaki untuk menghadiri taklimat tender dan lawatan tapak yang berkenaan pada masa, tarikh dan tempat yang telah ditetapkan.

d) Kontraktor perlu memuat naik bukti kehadiran secara atas talian melalui Sistem JET di portal https://tender.jkr.gov.my untuk disahkan oleh pejabat yang mengeluarkan tender. Kegagalan Kontraktor untuk mengemukakan bukti kehadiran taklimat tender dan lawatan tapak akan menyebabkan Kontraktor tidak layak menyertai tender.

e) Sila bawa Cop Syarikat Beralamat untuk memudahkan urusan pendaftaran semasa taklimat tender dan lawatan tapak dijalankan.

f) Segala Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Agensi Kerajaan yang berkaitan hendaklah dipatuhi.


PEMBELIAN DOKUMEN TENDER:

a) Kontraktor yang LAYAK perlu memuat naik salinan (dalam format PDF):
i. Bukti pembayaran/resit bayaran (Slip JomPAY); dan
ii. Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK); dan
iii. Sijil Taraf Bumiputera

b) Dokumen Tender hanya akan dijual kepada Kontraktor yang LAYAK berdasarkan kepada maklumat pendaftaran dan bukti pembayaran yang dikemukakan. Bayaran TIDAK akan dikembalikan sekiranya Kontraktor gagal memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.

c) Kenaan nilai Bon/Deposit Tender bagi Projek ini adalah sebanyak RM200,000.00. Petender perlu mengemukakan dokumen ASAL bagi bon/ deposit tender ke alamat berikut dan mendapatkan bukti penerimaan daripada pejabat berikut dan hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya pada tarikh tutup tender. Salinan bagi bon/deposit tender juga hendaklah dimuatnaik di Sistem JET.

Unit Tawaran Pusat
Cawangan Pengurusan Perolehan dan Harta,
Bahagian Kewangan,
Tingkat Bawah, Blok A, Kementerian Kerja Raya,
Jalan Sultan Salahuddin,
50580 KUALA LUMPUR.


PERINGATAN:
Pejabat Mengeluarkan Tender (PMT) tidak akan bertanggungjawab di atas kecuaian Kontraktor dalam memastikan kesempurnaan penerimaan e-mel, isu pembayaran dan dokumen yang dimuat turun.
Tarikh Tutup