Jenis Perolehan
Tender
Tarikh Iklan
Tajuk Perolehan
PENYIAPAN BAKI KERJA BAGI CADANGAN PEMBINAAN PANGKALAN OPERASI HADAPAN (FOB) DI PULAU MABUL, SEMPORNA, SABAH
Pejabat Yang Memanggil
BAHAGIAN KEJURUTERAAN INFRASTRUKTUR PENGANGKUTAN DAN CERUN , CAWANGAN KONTRAK & UKUR BAHAN, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA
Status Syarikat
TERBUKA
Gred CIDB
G7
Kategori
B, CE
Pengkhususan
B04, CE03 DAN CE21
PUKONSA
KELAS: A
TAJUK:
TAJUK KECIL:
Tarikh Lawatan Tapak
Tarikh Mula Dijual
Tarikh Akhir Dijual
Harga Dokumen
RM500.00
Lawatan Tapak
WAJIB
MAKLUMAT LAWATAN ADALAH SEPERTI BERIKUT:
TARIKH LAWATAN: 25/07/2025
MASA LAWATAN: 10:00 AM
LOKASI LAWATAN: TARIKH AKHIR UNTUK MOHON HADIR KE TAKLIMAT TENDER DAN LAWATAN TAPAK MELALUI SISTEM JET ADALAH PADA 21 JULAI 2025 (ISNIN).
MAKLUMAT TAKLIMAT ADALAH SEPERTI BERIKUT:
TARIKH TAKLIMAT: 25/07/2025
MASA TAKLIMAT: 10:00 AM
LOKASI TAKLIMAT: Pejabat Tapak Pangkalan Operasi Hadapan (FOB) di Pulau Mabul, Semporna, Sabah
| MAKLUMAT DOKUMEN | ||
| HARGA | RM 500.00 | |
| MAKLUMAT BAYARAN | JOMPAY BILLER CODE:KKR 177501 NOTA: KEMENTERIAN KERJA RAYA REF 1: JKR/CKUB/23388/2025 Ref 2: NAMA SYARIKAT ANDA BAYARAN TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN SEKIRANYA PETENDER GAGAL MEMENUHI SYARAT-SYARAT YANG TELAH DITETAPKAN. PAUTAN UNTUK MEMUAT TURUN DOKUMEN TENDER (JIKA BERKENAAN) AKAN DIAKTIFKAN SETELAH SELESAI PROSES LAWATAN TAPAK/TAKLIMAT TENDER (SEKIRANYA WAJIB) DAN PEMBAYARAN. PETENDER DIKEHENDAKI LOG MASUK KE DALAM SISTEM UNTUK MEMUAT TURUN DOKUMEN TENDER. | |
| TARIKH MULA DIJUAL | 25/07/2025 | |
| TARIKH AKHIR DIJUAL | 01/08/2025 | |
| TEMPAT DIJUAL | SECARA DALAM TALIAN MELALUI SISTEM JKR E-TENDER (JET) | |
| WAKTU TUTUP JUAL TENDER | 05:00 PM | |
| TEMPAT DITUTUP | SECARA DALAM TALIAN MELALUI SISTEM JKR E-TENDER (JET) | |
| TARIKH TENDER DITUTUP | 08/08/2025 | |
| WAKTU TENDER DITUTUP | 12:00 PM | |
| NOTA | PENDAFTARAN KONTRAKTOR 1. Pendaftaran i) Kontraktor hendaklah mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) dalam Gred G7 Kategori B, CE dan Pengkhususan B04, CE03 dan CE21 dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) yang sah dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) serta memiliki Sijil Kontraktor Penyiap Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKR) gred G7 ATAU; ii) Kontraktor hendaklah mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) dalam Gred G7 Kategori B, CE dan Pengkhususan B04, CE03 dan CE21 yang sah dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dan berdaftar dengan Pusat Pendaftaran Kontraktor-Kontraktor Kerja, Bekalan dan Perkhidmatan Negeri Sabah (PUKONSA) serta memiliki Sijil Kontraktor Penyiap Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKR) gred G7. 2. Kontraktor berdaftar yang telah digantung oleh CIDB atau PUKONSA dari menyertai tender, TIDAK LAYAK untuk menyertai tender ini. 3. Kontraktor TIDAK DIBENARKAN memohon kebenaran khas daripada CIDB untuk pengkhususan bidang kerja yang ditetapkan. 4. Kontraktor hendaklah mengemukakan salinan Sijil Tax Compliance Certificate(TCC) yang masih sah laku dan berstatus PATUH. 5. Bagi sesi taklimat tender dan lawatan tapak, hanya penama yang tercatat di dalam sijil SPKK atau PUKONSA yang dibenarkan menghadiri lawatan tapak dan sesi taklimat berkenaan. Kontraktor/syarikat tidak boleh mewakilkan pegawai selain daripada penama dalam sijil SPKK atau PUKONSA. JKR E-TENDERING (SISTEM JET) : Proses tender ini dilaksanakan secara dalam talian melalui Sistem JET. a) Kontraktor yang berminat menyertai tender hendaklah membuat pendaftaran dalam portal https://tender.jkr.gov.my. Pendaftaran akaun pengguna (kontraktor) hanya perlu dibuat sekali sahaja dengan menggunakan nama syarikat yang berkenaan. b) Hanya kontraktor berdaftar sahaja boleh menyertai tender yang menggunakan Sistem JET. Langkah-langkah untuk membuka akaun dan mendaftar masuk sistem boleh dirujuk menerusi Manual Pengguna yang boleh dimuat turun melalui portal https://tender.jkr.gov.my. c) Kontraktor yang telah berdaftar dengan Sistem JET akan menerima ID dan kata laluan untuk log masuk, melihat paparan iklan, membeli dan mengemukakan dokumen tender. TAKLIMAT TENDER & LAWATAN TAPAK : a) Kontraktor yang LAYAK dan berminat dikehendaki untuk memohon untuk hadir ke Taklimat Tender dan Lawatan Tapak melalui Sistem JET selewat-lewatnya pada 21 Julai 2025 (Isnin). b) Permohonan kontraktor untuk menghadiri Taklimat Tender dan Lawatan Tapak akan disahkan terlebih dahulu oleh Pejabat Memanggil Tender (PMT). c) Kontraktor dikehendaki menghadiri Lawatan Tapak dan Taklimat Tender yang berkenaan pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan. Sila bawa Cop Syarikat Beralamat untuk memudahkan urusan pendaftaran semasa taklimat tender dijalankan. d) Kontraktor yang telah HADIR dan LAYAK hendaklah memuat naik slip kehadiran di dalam Sistem JET untuk pengesahan Pejabat Memanggil Tender (PMT). Kegagalan kontraktor berbuat demikian akan menyebabkan kontraktor tidak layak membeli dokumen tender dan menyertai tender ini. PEMBELIAN DOKUMEN TENDER : a) Kontraktor yang LAYAK perlu memuatnaik salinan (dalam format *pdf): i. bukti pembayaran (Slip JomPAY) ; ii. bukti pembayaran (Resit Penerimaan Bayaran Deposit Security); iii. Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) CIDB yang masih dalam tempoh sah laku; dan iv. Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) CIDB atau PUKONSA yang masih dalam tempoh sah laku; dan v. Sijil Kontraktor Penyiap Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKR) G7 yang masih dalam tempoh sah laku. b) Dokumen tender hanya akan dijual kepada Kontraktor yang LAYAK berdasarkan kepada maklumat pendaftaran dan bukti pembayaran yang dikemukakan. Bayaran TIDAK akan dikembalikan sekiranya petender gagal memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan. SECURITY DRAWING/ SECURITY DOCUMENT: a) Sebahagian dokumen dalam dokumen tender projek ini adalah diklasifikasikan sebagai Dokumen Terperingkat (Security Drawing/ Security Document). b) Edaran Security Drawing/ Security Document ini akan dibuat secara salinan lembut (softcopy) melalui cakera padat (CD). c) Kontraktor perlu hadir ke Bahagian Kejuruteraan Infrastruktur Pengangkutan Dan Cerun, Cawangan Kontrak Dan Ukur Bahan, Ibu Pejabat JKR Malaysia, Tingkat 17, Menara Tun Ismail Mohamed Ali (TIMA), No. 25, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur selepas mengemukakan deposit Asli ke CPPH dan menunjukkan salinan ASAL Resit Penerimaan Bayaran Deposit Security dari CPPH, KKR bagi mendapatkan CD tersebut. MAKLUMAT BAYARAN DEPOSIT UNTUK SECURITY DRAWING/ SECURITY DOCUMENT: a) Bayaran deposit hendaklah dibayar dalam tempoh penjualan dokumen tender. Maklumat bayaran deposit adalah seperti berikut : i. Bayaran deposit adalah sebanyak RM5,000.00. ii. Bayaran dibuat dalam bentuk draf bank daripada bank yang berlesen dan beroperasi di Malaysia ATAU kiriman wang yang dibayar atas nama Akauntan Negara Malaysia-KKR-T. iii. Bayaran secara Wang Tunai atau cek adalah tidak diterima. iv. Kontraktor perlu mengemukakan deposit ASLI ke pejabat Cawangan Pengurusan Perolehan dan Harta (CPPH), Kementerian Kerja raya Malaysia (KKR), Jalan Sultan Salahuddin, 50582 Kuala Lumpur dalam tempoh penjualan dokumen tender dan akan menerima Resit Penerimaan Bayaran Deposit Security dari CPPH, KKR. v. Kontraktor perlu memuatnaik Resit Penerimaan Bayaran Deposit Security yang diterima daripada CPPH, KKR bersama-sama Slip JomPAY bayaran Dokumen Tender ke dalam sistem JET dalam tempoh penjualan dokumen tender bagi membolehkan petender memuatturun Dokumen Tender. vi. Kontraktor perlu hadir ke Bahagian Kejuruteraan Infrastruktur Pengangkutan Dan Cerun, Cawangan Kontrak Dan Ukur Bahan, Ibu Pejabat JKR Malaysia, Tingkat 17, Menara Tun Ismail Mohamed Ali (TIMA), No. 25, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur selepas mengemukakan deposit Asli ke CPPH dan menunjukkan salinan ASAL Resit Penerimaan Bayaran Deposit Security dari CPPH, KKR bagi mendapatkan cakera padat (CD) yang mengandungi security drawing/ security document. PERINGATAN : Pejabat Memanggil Tender (PMT) tidak akan bertanggungjawab di atas kecuaian Kontraktor dalam memastikan kesempurnaan penerimaan emel, isu pembayaran dan dokumen yang dimuat turun/dimuat naik. | |