Jenis Perolehan
Tender
Tarikh Iklan
Tajuk Perolehan
MENAIK TARAF PADANG HOKI, STADIUM HOKI BANDARAYA BUKIT SERINDIT, MELAKA
Pejabat Yang Memanggil
BAHAGIAN BANGUNAN AM 2, CAWANGAN KONTRAK DAN UKUR BAHAN, JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA
Status Syarikat
BUMIPUTERA
Gred CIDB
G5
Kategori
B & CE
Pengkhususan
B04 & CE22
PUKONSA
KELAS: SIJIL PUSAT PENDAFTARAN KONTRAKTOR-KONTRAKTOR KERJA, BEKALAN DAN PERKHIDMATAN NEGERI SABAH (PUKONSA)
TAJUK:
TAJUK KECIL:
UPKJ
KELAS: SIJIL UNIT PENDAFTARAN KONTRAKTOR DAN JURUPERUNDING SARAWAK (UPKJ)
KEPALA:
SUB KEPALA:
Tarikh Lawatan Tapak
Tarikh Mula Dijual
Tarikh Akhir Dijual
Harga Dokumen
RM100.00
Lawatan Tapak
WAJIB
MAKLUMAT LAWATAN ADALAH SEPERTI BERIKUT:
TARIKH LAWATAN: 22/07/2025
MASA LAWATAN: 11:30 AM
LOKASI LAWATAN: STADIUM HOKI BANDARAYA BUKIT SERINDIT
MAKLUMAT TAKLIMAT ADALAH SEPERTI BERIKUT:
TARIKH TAKLIMAT: 22/07/2025
MASA TAKLIMAT: 10:00 AM
LOKASI TAKLIMAT: BILIK MESYUARAT STRUKTUR, BAHAGIAN BANGUNAN, JKR MELAKA
| HARGA | RM 100 |
| MAKLUMAT BAYARAN | BILLER CODE:KKR 177501 NOTA: KEMENTERIAN KERJA RAYA REF 1: JKR/CKUB/23036/2025 Ref 2: NAMA SYARIKAT ANDA BAYARAN TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN SEKIRANYA PETENDER GAGAL MEMENUHI SYARAT-SYARAT YANG TELAH DITETAPKAN. PAUTAN UNTUK MEMUAT TURUN DOKUMEN TENDER (JIKA BERKENAAN) AKAN DIAKTIFKAN SETELAH SELESAI PROSES LAWATAN TAPAK/TAKLIMAT TENDER (SEKIRANYA WAJIB) DAN PEMBAYARAN. PETENDER DIKEHENDAKI LOG MASUK KE DALAM SISTEM UNTUK MEMUAT TURUN DOKUMEN TENDER. |
| TARIKH MULA DIJUAL | 22/07/2025 |
| TARIKH AKHIR DIJUAL | 28/07/2025 |
| TEMPAT DIJUAL | LAMAN SESAWANG JET JKR |
| WAKTU TUTUP JUAL TENDER | 05:00 PM |
| TEMPAT DITUTUP | LAMAN SESAWANG JET JKR |
| TARIKH TENDER DITUTUP | 20/08/2025 |
| WAKTU TENDER DITUTUP | 12:00 PM |
| NOTA | PENDAFTARAN KONTRAKTOR: a) Kontraktor mempunyai PPK & SPKK atau PPK & Sijil PUKONSA atau PPK & Sijil UPKJ dalam gred/kelas, kategori dan pengkhususan yang ditetapkan dalam kenyataan tender. JKR E-TENDER (SISTEM JET) : Proses tender ini dilaksanakan secara dalam talian melalui Sistem JET. a) Kontraktor yang berminat menyertai tender ini hendaklah membuat pendaftaran dalam portal https://tender.jkr.gov.my. Pendaftaran akaun pengguna (kontraktor) hanya perlu dibuat sekali sahaja dengan menggunakan nama syarikat yang berkenaan. b) Hanya kontraktor berdaftar sahaja boleh menyertai tender yang menggunakan Sistem JET. Langkah-langkah untuk membuka akaun dan mendaftar masuk sistem boleh dirujuk menerusi Manual Pengguna yang boleh dimuat turun melalui portal Sistem JET. c) Kontraktor yang telah berdaftar dengan Sistem JET akan menerima ID dan kata laluan untuk log masuk, melihat paparan iklan, membeli dan mengemukakan dokumen tender. d) Dokumen Meja Tender boleh disemak dan Dokumen Tender boleh diperolehi secara dalam talian melalui Sistem JET. TAKLIMAT & LAWATAN TAPAK : a) Kontraktor yang LAYAK dan berminat dikehendaki memohon untuk hadir taklimat tender dan lawatan tapak melalui Sistem JET sebelum tarikh taklimat tender yang ditetapkan. b) Permohonan kontraktor untuk menghadiri taklimat tender dan lawatan tapak akan disahkan oleh pejabat yang mengeluarkan tender. Hanya kontraktor yang telah disahkan, LAYAK untuk hadir ke taklimat/lawatan tapak. c) Kontraktor dikehendaki untuk menghadiri taklimat tender yang berkenaan pada masa, tarikh dan tempat yang telah ditetapkan. Sila hadir 30 Minit sebelum taklimat tender bermula bagi tujuan pendaftaran. Hanya Penama dalam PPK dan SPKK atau PUKONSA atau UPKJ yang dibenarkan untuk menyertai taklimat tender dan lawatan tapak. Sila bawa bersama Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) CIDB dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) atau Sijil UPKJ atau Sijil PUKONSA dan Sijil Taraf Bumiputera (STB). d) Kontraktor perlu memuat naik bukti kehadiran secara dalam talian melalui Sistem JET untuk disahkan oleh pejabat yang mengeluarkan tender. Kegagalan kontraktor untuk mengemukakan bukti kehadiran lawatan tapak dan taklimat tender akan menyebabkan kontraktor tidak layak menyertai tender. e) Sila bawa Cap Syarikat Beralamat untuk memudahkan urusan pendaftaran semasa lawatan tapak dan taklimat tender dijalankan. f) Kehadiran ke taklimat tender dan lawatan tapak dihadkan Dua (2) orang sahaja bagi setiap syarikat. PEMBELIAN DOKUMEN TENDER : a) Kontraktor yang LAYAK perlu memuatnaik salinan (dalam format *pdf) Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) CIDB dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) atau Sijil UPKJ atau Sijil PUKONSA, Sijil Taraf Bumiputera (STB) dan Sijil Pematuhan Cukai (Tax Compliance Certificate - TCC) dengan status Patuh; dan bukti pembayaran (Slip JomPAY) bagi tujuan pembelian Dokumen Tender. b) Dokumen tender hanya akan dijual kepada Kontraktor yang LAYAK berdasarkan kepada maklumat pendaftaran dan bukti pembayaran yang dikemukakan. Bayaran TIDAK akan dikembalikan sekiranya kontraktor gagal memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan. c) Kontraktor yang memenuhi kriteria yang telah ditetapkan akan menerima e-mel pemakluman bagi pengesahan pembelian Dokumen Tender dalam tempoh satu (1) hari bekerja dan boleh memuat turun Dokumen Tender secara salinan lembut (softcopy) melalui Sistem JET. PERINGATAN : Pejabat Mengurus Tender (PMT) tidak akan bertanggungjawab di atas kecuaian Kontraktor dalam memastikan kesempurnaan penerimaan e-mel, isu pembayaran dan dokumen yang dimuat turun. |