PEMASANGAN ELEKTRIK UNTUK PROJEK PAGAR KESELAMATAN DAN PERTAHANAN PANGKALAN UDARA GONG KEDAK | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
Jenis Perolehan
Tender
Tarikh Iklan
Tajuk Perolehan

PEMASANGAN ELEKTRIK UNTUK PROJEK PAGAR KESELAMATAN DAN PERTAHANAN PANGKALAN UDARA GONG KEDAK

Pejabat Yang Memanggil

CAWANGAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK, IBU PEJABAT JKR KUALA LUMPUR

Status Syarikat

TERBUKA 

T1

Gred CIDB
G7
Kategori

ME

Pengkhususan

E02, E04, E11, E14, E17

PUKONSA
KELAS: A
TAJUK: VII
TAJUK KECIL: 1, 3, 14, 15

UPKJ
KELAS: 1
KEPALA: VIIA
SUB KEPALA: 1

Tarikh Mula Dijual
Tarikh Akhir Dijual
Harga Dokumen
RM500.00
Lawatan Tapak

MAKLUMAT TAKLIMAT ADALAH SEPERTI BERIKUT:
TARIKH TAKLIMAT: 09/07/2025
MASA TAKLIMAT: 10:00 AM
LOKASI TAKLIMAT: Pautan Taklimat Tender: https://meet.google.com/kon-ujos-tkh

MAKLUMAT DOKUMEN 
HARGARM 500
MAKLUMAT BAYARANJOMPAY
BILLER CODE:KKR 177501
NOTA: KEMENTERIAN KERJA RAYA
REF 1: JKR/CKE/23551/2025
Ref 2: NAMA SYARIKAT ANDA

BAYARAN TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN SEKIRANYA PETENDER GAGAL MEMENUHI SYARAT-SYARAT YANG TELAH DITETAPKAN.

PAUTAN UNTUK MEMUAT TURUN DOKUMEN TENDER (JIKA BERKENAAN) AKAN DIAKTIFKAN SETELAH SELESAI PROSES LAWATAN TAPAK/TAKLIMAT TENDER (SEKIRANYA WAJIB) DAN PEMBAYARAN. PETENDER DIKEHENDAKI LOG MASUK KE DALAM SISTEM UNTUK MEMUAT TURUN DOKUMEN TENDER.
TARIKH MULA DIJUAL15/07/2025
TARIKH AKHIR DIJUAL29/07/2025
TEMPAT DIJUALATAS TALIAN - SISTEM JKR E-TENDER (JET)
WAKTU TUTUP JUAL TENDER05:00 PM
TEMPAT DITUTUPATAS TALIAN - SISTEM JKR E-TENDER (JET)
TARIKH TENDER DITUTUP21/08/2025
WAKTU TENDER DITUTUP12:00 PM
NOTA1) KEBENARAN KHAS DARIPADA CIDB TIDAK DIBENARKAN UNTUK PENGKHUSUSAN BIDANG KERJA YANG DITETAPKAN.

2) LAWATAN TAPAK DAN TAKLIMAT TENDER:
a) Tiada lawatan tapak untuk tender ini dan digalakkan sahaja.
b) Taklimat Tender adalah secara ATAS TALIAN serta Kehadiran DIGALAKKAN.
Pautan: https://meet.google.com/kon-ujos-tkh


3) PENDAFTARAN KONTRAKTOR:
a) Kontraktor yang mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPPK) dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), UPKJ dan PUKONSA hendaklah masih berkuatkuasa sekurang-kurangnya melebihi 3 bulan daripada tarikh tutup tender.
b) Kontraktor tidak mempunyai kerja semasa yang ‘sakit’ serta bebas daripada rekod prestasi yang tidak memuaskan dari segi tempoh penyiapan projek serta kualiti kerja yang dilaksanakan oleh kontraktor dalam tempoh lima (5) tahun lalu.
c) Kontraktor berdaftar yang telah digantung oleh CIDB / UPKJ / PUKONSA dari menyertai tender, TIDAK LAYAK untuk menyertai tender ini.
d) Kontraktor perlu mengemukan Sijil Pematuhan Cukai (Tax Compliance Certificate - TCC) – Sijil akuan status pematuhan pembayar cukai yang dikeluarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM). TCC yang dikemukakan hendaklah berstatus “PATUH” dan sah dalam tempoh tahun semasa perolehan.
e) Kontraktor perlu mengemukan Surat Akuan Syarikat dalam Menangani Jenayah Pemerdagangan Orang dan Buruh Paksa (Lampiran B) yang dikemukakan bersama dokumen tender
f) kontraktor perlu melengkapkan Borang Perisytiharan Pemunya Benefisial (Lampiran A) yang dikemukakan bersama dokumen tender.

4) SISTEM JKR E-TENDER (JET):
Proses tender ini dilaksanakan secara dalam talian melalui Sistem JET:
a) Kontraktor yang berminat menyertai tender hendaklah membuat pendaftaran dalam portal https://tender.jkr.gov.my . Pendaftaran akaun pengguna kontraktor hanya perlu dibuat sekali sahaja dengan menggunakan nama syarikat yang berkenaan.
b) Hanya kontraktor berdaftar sahaja boleh menyertai tender yang menggunakan Sistem JET. Langkah-langkah untuk membuka akaun dan mendaftar masuk sistem boleh dirujuk menerusi Manual Pengguna yang boleh dimuat turun melalui portal https://tender.jkr.gov.my
c) Kontraktor yang telah berdaftar dengan Sistem JET akan menerima ID dan Kata Laluan untuk log masuk, melihat paparan iklan, membeli dan mengemukakan dokumen tender.

5) PEMBELIAN DOKUMEN TENDER:
a) Petender yang LAYAK hendaklah membuat pembayaran menggunakan JOMPAY bagi pembelian Dokumen Tender dalam tempoh yang telah ditetapkan. Petender perlu memuat naik bukti transaksi melalui Sistem JET.
b) Kontraktor yang LAYAK perlu memuat naik salinan (dalam format *pdf):
i. Bukti pembayaran / resit bayaran (Slip JomPAY); dan
ii. Bukti pembayaran / resit bayaran (Resit Penerimaan Bayaran Deposit Security);dan
iii. Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK);dan
iv. Sijil Taraf Bumiputera dari Pusat Khidmat Kontraktor ;dan
v. Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK), CIDB atau Sijil PUKONSA atau Sijil UPKJ
c) Dokumen tender hanya akan dijual kepada kontraktor yang LAYAK berdasarkan kepada maklumat pendaftaran dan bukti pembayaran yang dikemukakan. Bayaran TIDAK akan dikembalikan sekiranya kontraktor gagal memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.

6) BAYARAN DEPOSIT UNTUK SECURITY DRAWING/ SECURITY DOCUMENT:
a) Bayaran deposit hendaklah dibayar dalam tempoh penjualan dokumen tender. Maklumat bayaran adalah seperti berikut:
i) Bayaran deposit sebanyak RM 5,000.00
ii) Dibayar dalam bentuk draf bank daripada bank yang berlesen dan beroperasi di Malaysia atau kiriman wang
iii) Dibayar atas nama Akauntan Negara Malaysia -KKR-T
b) Bayaran secara Wang Tunai atau cek adalah tidak diterima.
c) Kontraktor perlu mengemukakan salinan Asli deposit ke pejabat Cawangan Pengurusan Perolehan dan Harta (CPPH), Kementerian Kerja Raya (KKR), Tingkat Bawah Blok A, Kompleks Kementerian Kerja Raya, Jalan Sultan Salahuddin, 50582, Kuala Lumpur dalam tempoh penjualan dokumen tender
d) Kontraktor perlu memuat naik (upload) resit penerimaan bayaran deposit yang diterima daripada CPPH,KKR bersama - sama Slip JomPay bagi bayaran Dokumen Tender ke dalam sistem dalam tempoh penjualan dokumen tender bagi membolehkan petender memuat turun (download) dokumen tender.
e) Kerajaan tidak akan bertanggungjawab sekiranya petender tidak membuat bayaran dokumen seperti yang ditetapkan.
f) Deposit ini akan dikembalikan apabila petender mengemukakan Borang Aku Janji Petender (dilampirkan bersama dokumen tender – Borang H) bahawa petender hanya memuat turun dan tidak mencetak atau mengedarkan lukisan dan dokumen tersebut dalam apa bentuk jua sekalipun.
g) Lukisan tender (CD) - Security Drawing boleh diperolehi hadir secara fizikal di Pejabat Cawangan Kejuruteraan Elektrik, Tingkat 13 Blok G, Ibu Pejabat JKR Malaysia, Kuala Lumpur ATAU pihak Pejabat Mengurus Tender (PMT) akan menghantar CD lukisan tender secara pos berdaftar kepada Petender yang layak dan sudah membuat mengemukakan semua resit bayaran dokumen dan deposit sekuriti dalam Sistem JET

7) PERINGATAN:
Pejabat Mengurus Tender (PMT) tidak akan bertanggungjawab di atas kecuaian kontraktor dalam memastikan kesempurnaan penerimaan emel, isu pembayaran, dokumen yang dimuat turun dan dokumen yang dimuat naik.
 
   


 

Tarikh Tutup