PEMASANGAN ELEKTRIK UNTUK PEMBINAAN RKAT PELBAGAI KELAS DI SOC3, TUDM KOTA SAMARAHAN (TENDER SEMULA) | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
Jenis Perolehan
Tender
Tarikh Iklan
Tajuk Perolehan

PEMASANGAN ELEKTRIK UNTUK PEMBINAAN RKAT PELBAGAI KELAS DI SOC3, TUDM KOTA SAMARAHAN (TENDER SEMULA)

Pejabat Yang Memanggil

CAWANGAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK, IBU PEJABAT JKR, KUALA LUMPUR.

Status Syarikat

TERBUKA

T1

Gred CIDB
G6 / G7
Kategori

ME

Pengkhususan

E04, E05, E11, E17, E18

UPKJ 

Class I, 

Head: VIIA, Sub-head: 1

Head: VIIB, Sub-head:1, 3, 4

Tarikh Mula Dijual
Tarikh Akhir Dijual
Harga Dokumen
RM300.00
Lawatan Tapak

Kehadiran Taklimat Tender 

Secara Atas Talian Adalah DIGALAKKAN

Pautan Taklimat Tender : https://meet.google.com/gij-smcv-jzf

Pada 24 Jun 2025 (Selasa), Jam 10.00 pagi

Bayaran melalui :JomPAY

Biller Code: 177501

Ref-1:JKR/CKE/22293/2025

Ref-2: Nama Syarikat Petender & 

Bayaran Deposit Security : RM5,000.00

Bayaran bagi Deposit Security Drawing / Document hendaklah dibuat dalam bentuk Draf bank/Kiriman Wang di atas nama:

Akauntan Negara Malaysia – KKR-T

A. PENDAFTARAN KONTRAKTOR

Kontraktor hendaklah mempunyai:

  1. Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPPK) dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), PUKONSA dan UPKJ hendaklah masih berkuatkuasa sekurang-kurangnya melebihi 3 bulan daripada tarikh tutup tender.
  2. Kontraktor tidak mempunyai kerja semasa yang ‘sakit’ serta bebas daripada rekod prestasi yang tidak memuaskan dari segi tempoh penyiapan projek serta kualiti kerja yang dilaksanakan oleh kontraktor dalam tempoh lima (5) tahun lalu.
  3. Kontraktor berdaftar yang telah digantung oleh CIDB, PUKONSA dan UPKJ dari menyertai tender, TIDAK LAYAK untuk menyertai tender ini.
  4. Mengemukakan Tax Compliance Certificate (TCC) daripada LHDNM bersama dokumen tender semasa mengemukakan tawaran. TCC yang dikemukakan hendaklah berstatus “Patuh” dan sah dalam tempoh tahun semasa perolehan.
  5. Keperluan Pengisytiharkan Pemunya Benefisial Dan Akuan Menangani Jenayah Pemerdagangan Orang Dan Buruh Paksa.

 

NOTA IKLAN

1. Lawatan tapak dan sesi taklimat tender adalah DIGALAKKAN. Hanya PENAMA yang tercatat di dalam sijil PPK / SPKK / PUKONSA / UPKJ atau wakil syarikat menguruskan projek  yang terlibat dengan tender sahaja digalakkan hadir sesi taklimat tender. 


2. Kebenaran Khas daripada CIDB atau PUKONSA atau UPKJ TIDAK DIBENARKAN untuk pengkhususan bidang kerja yang telah ditetapkan.

3.SISTEM JKR E-TENDER (JET):

Proses tender ini dilaksanakan secara dalam talian melalui Sistem JET:
a) Kontraktor yang berminat menyertai tender hendaklah membuat pendaftaran dalam portal https://tender.jkr.gov.my. Pendaftaran akaun pengguna kontraktor hanya perlu dibuat sekali sahaja dengan menggunakan nama syarikat yang berkenaan.
b) Hanya kontraktor berdaftar sahaja boleh menyertai tender yang menggunakan Sistem JET. Langkah-langkah untuk membuka akaun dan mendaftar masuk sistem boleh dirujuk menerusi Manual Pengguna yang boleh dimuat turun melalui portal https://tender.jkr.gov.my
c) Kontraktor yang telah berdaftar dengan Sistem JET akan menerima ID dan Kata Laluan untuk log masuk, melihat paparan iklan, membeli dan mengemukakan dokumen tender.

4.PEMBELIAN DOKUMEN TENDER:

a) Petender yang LAYAK hendaklah membuat pembayaran menggunakan JOMPAY bagi pembelian Dokumen Tender dalam tempoh yang telah ditetapkan. Petender perlu memuat naik bukti transaksi melalui Sistem JET.

b) Kontraktor yang LAYAK perlu memuat naik salinan (dalam format *pdf):

i. Bukti pembayaran / resit bayaran (Slip JomPAY); dan

ii. Bukti pembayaran / resit bayaran (Resit Penerimaan Bayaran Deposit Security);dan

iii. Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK);dan

iv. Sijil Taraf Bumiputera dari Pusat Khidmat Kontraktor ;dan

v. Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK), CIDB atau Sijil PUKONSA atau Sijil UPKJ

c) Dokumen tender hanya akan dijual kepada kontraktor yang LAYAK berdasarkan kepada maklumat pendaftaran dan bukti pembayaran yang dikemukakan. Bayaran TIDAK akan dikembalikan sekiranya kontraktor gagal memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.


5.BAYARAN DEPOSIT UNTUK SECURITY DRAWING/ SECURITY DOCUMENT:

a) Bayaran deposit hendaklah dibayar dalam tempoh penjualan dokumen tender. Maklumat bayaran adalah seperti berikut:

i) Bayaran deposit sebanyak RM 5,000.00

ii) Dibayar dalam bentuk draf bank daripada bank yang berlesen dan beroperasi di Malaysia atau kiriman wang

iii) Dibayar atas nama Akauntan Negara Malaysia -KKR-T

b) Bayaran secara Wang Tunai atau cek adalah tidak diterima.

c) Kontraktor perlu mengemukakan salinan Asli deposit ke pejabat Cawangan Pengurusan Perolehan dan Harta (CPPH), Kementerian Kerja Raya (KKR), Tingkat Bawah Blok A, Kompleks Kementerian Kerja Raya, Jalan Sultan Salahuddin, 50582, Kuala Lumpur dalam tempoh penjualan dokumen tender

d) Kontraktor perlu memuat naik (upload) resit penerimaan bayaran deposit yang diterima daripada CPPH,KKR bersama - sama Slip JomPay bagi bayaran Dokumen Tender ke dalam sistem dalam tempoh penjualan dokumen tender bagi membolehkan petender memuat turun (download) dokumen tender.

e) Kerajaan tidak akan bertanggungjawab sekiranya petender tidak membuat bayaran dokumen seperti yang ditetapkan.

f) Deposit ini akan dikembalikan apabila petender mengemukakan Borang Aku Janji Petender (dilampirkan bersama dokumen tender – Borang H) bahawa petender hanya memuat turun dan tidak mencetak atau mengedarkan lukisan dan dokumen tersebut dalam apa bentuk jua sekalipun.

g) Lukisan tender (CD) - Security Drawing boleh diperolehi hadir secara fizikal di Pejabat Cawangan Kejuruteraan Elektrik, Tingkat 13 Blok G, Ibu Pejabat JKR Malaysia, Kuala Lumpur ATAU pihak Pejabat Mengurus Tender (PMT) akan menghantar CD lukisan tender secara pos berdaftar kepada Petender yang layak dan sudah membuat mengemukakan semua resit bayaran dalam Sistem JET


6.PERINGATAN

Pejabat Mengeluarkan Tender (PMT) tidak akan bertanggungjawab di atas kecuaian kontraktor dalam memastikan kesempurnaan penerimaan emel, isu pembayaran dan dokumen yang dimuat turun

Tarikh Tutup