PEMASANGAN SISTEM EXTRA LOW VOLTAGE (ELV) DAN SISTEM TEKNOLOGI MAKLUMAT (ICT) UNTUK PEMBINAAN DEWAN BESAR DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK BANDAR ENSTEK, NILAI, NEGERI SEMBILAN
CAWANGAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK, IBU PEJABAT KUALA LUMPUR
SEBUT HARGA ADALAH DIPELAWA KEPADA KONTRAKTOR-KONTRAKTOR YANG BERDAFTAR DENGAN LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA (CIDB) DAN MEMPUNYAI PERAKUAN KONTRAKTOR (PPK) DAN SIJIL PEROLEHAN KERJA KERAJAAN (SPKK) DALAM GRED G4/G5/G6/G7
ME
E01, E04, E06, E08 dan E11
PUKONSA - Gred B Head: VII Kerja-Kerja Elektrikal; VIII Kerja-kerja Telekomunikasi, Sub-Head: 1, 15, 16; 1(a), 1(b) & 1(c) yang masih sah atau Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) dalam Gred G4/G5/G6/G7 Kategori ME Pengkhususan E01, E04, E06, E08, E11 dan UPKJ dalam kelas I Head: VIIA Electrical Works (Building), Sub-head: 1 Building yang masih sah.
Taklimat Sebut Harga adalah diwajibkan. Taklimat Sebut Harga akan diadakan pada 3 Jun 2025, jam 10.00 pagi secara maya melalui Google Meet (meet.google.com/odr-mgmv-aee).Hanya penama di dalam sijil pendaftaran CIDB dibenarkan menyertai taklimat dan syarikat tidak boleh mewakilkan selain daripada penama bagi sesi Taklimat Sebut Harga. Syarikat yang tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan tidak akan dibenarkan menyertai sesi taklimat Sebut Harga tersebut.
Penyebutharga wajib mengemukakan TCC, Borang Pengisytiharan Pemunya Benefisial (BO), Borang Akuan Menangani Jenayah Pemerdagangan Orang Dan Buruh Paksa (SA) bersama-sama dokumen sebut harga semasa mengemukakan tawaran. Penyebutharga boleh membuat semakan dan cetakan TCC secara kendiri melalui menu status MyTax di portal MyTax iaitu https://mytax.hasil.qov.my. Portal MyTax boleh diakses menggunakan nombor kad pengenalan / pasport dan kata laluan seperti mana pembayar cukai mendaftar masuk bagi tujuan pengemukaan borang nyata cukai pendapatan (BNCP) melalui aplikasi e-filing. TCC yang dikemukakan hendaklah berstatus "patuh" dan sah dalam tempoh tahun semasa perolehan.
Dokumen Sebut Harga hanya boleh dimuat turun (Download) melalui pautan (Link URL) yang akan diemailkan kepada kontraktor yang melepasi kriteria dan menghadiri Taklimat Sebut Harga. Tempoh untuk muat turun Dokumen Sebut Harga adalah bermula 3 Jun 2025 sehingga 10 Jun 2025.
Dokumen Sebut Harga dalam bentuk salinan cetak (hardcopy) yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dengan hanya serahan tangan di alamat: Pengarah Kanan, Cawangan Kejuruteraan Elektrik, Tingkat 11, Menara Kerja Raya (Blok G), Ibu Pejabat JKR Malaysia, Jalan Sultan Salahuddin, 50480 Kuala Lumpur TIDAK LEWAT DARI JAM 12.00 tengahari, 17 Jun 2025.
Sebarang pertanyaan sila email ke sahrul@jkr.gov.my atau murninuramanina@jkr.gov.my.