PENGURUSAN FASILITI DAN PENYENGGARAAN DI KOMPLEKS MASJID PUTRA, WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA BAGI TAHUN 2026 SEHINGGA 2031 | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
Jenis Perolehan
Tender
Tarikh Iklan
Tajuk Perolehan

PENGURUSAN FASILITI DAN PENYENGGARAAN DI KOMPLEKS MASJID PUTRA, WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA BAGI TAHUN 2026 SEHINGGA 2031

Pejabat Yang Memanggil

JKR WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA

Status Syarikat

BUMIPUTERA

T1

Gred CIDB
G7
Kategori

F

Pengkhususan

F01


SIJIL-SIJIL LAIN
SIJIL TARAF BUMIPUTERA (STB) PKK
SIJIL PEMATUHAN CUKAI (TAX COMPLIANCE CERTIFICATE - TCC)

Tarikh Lawatan Tapak
Tarikh Mula Dijual
Tarikh Akhir Dijual
Harga Dokumen
RM1000.00
Lawatan Tapak

WAJIB

MAKLUMAT LAWATAN ADALAH SEPERTI BERIKUT:
TARIKH LAWATAN: 28/05/2025
MASA LAWATAN: 11:00 AM
LOKASI LAWATAN: MASJID PUTRA, PUTRAJAYA

MAKLUMAT TAKLIMAT ADALAH SEPERTI BERIKUT:
TARIKH TAKLIMAT: 28/05/2025
MASA TAKLIMAT: 10:00 AM
LOKASI TAKLIMAT: AUDITORIUM MASJID PUTRA, PUTRAJAYA

BON/DEPOSIT TENDER
DEPOSIT TENDER
DERAF BANK
RM 300,000.00
BON TENDER
JAMINAN BANK / JAMINAN SYARIKAT KEWANGAN / JAMINAN INSURANS / JAMINAN BANK ISLAM / JAMINAN TAKAFUL
RM 300,000.00

MAKLUMAT DOKUMEN 
HARGARM 1000
MAKLUMAT BAYARANBILLER CODE:KKR 177501
NOTA: KEMENTERIAN KERJA RAYA
REF 1: JKR/PERS/WPP/T/09/25
Ref 2: NAMA SYARIKAT ANDA

BAYARAN TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN SEKIRANYA PETENDER GAGAL MEMENUHI SYARAT-SYARAT YANG TELAH DITETAPKAN.

PAUTAN UNTUK MEMUAT TURUN DOKUMEN TENDER (JIKA BERKENAAN) AKAN DIAKTIFKAN SETELAH SELESAI PROSES LAWATAN TAPAK/TAKLIMAT TENDER (SEKIRANYA WAJIB) DAN PEMBAYARAN. PETENDER DIKEHENDAKI LOG MASUK KE DALAM SISTEM UNTUK MEMUAT TURUN DOKUMEN TENDER.
TARIKH MULA DIJUAL05/06/2025
TARIKH AKHIR DIJUAL11/06/2025
TEMPAT DIJUALSISTEM JKR E-TENDER (SISTEM JET)
WAKTU TUTUP JUAL TENDER05:00 PM
TEMPAT DITUTUPSISTEM JKR E-TENDER (SISTEM JET)
TARIKH TENDER DITUTUP03/07/2025
WAKTU TENDER DITUTUP12:00 PM
NOTAPENDAFTARAN KONTRAKTOR:
Petender / syarikat berdaftar yang telah digantung oleh CIDB, UPKJ atau PUKONSA adalah TIDAK LAYAK untuk menyertai tender ini.

KEBENARAN KHAS:
Kontraktor / syarikat TIDAK DIBENARKAN memohon kebenaran khas daripada CIDB bagi gred dan pengkhususan dalam bidang kerja yang telah ditetapkan.

JKR E-TENDERING (SISTEM JET):
a)Proses tender ini dilaksanakan secara dalam talian melalui Sistem JET.
b)Kontraktor yang berminat menyertai tender hendaklah membuat pendaftaran dalam portal https://tender.jkr.gov.my.
c)Pendaftaran akaun pengguna (kontraktor) hanya perlu dibuat sekali sahaja dengan menggunakan nama syarikat yang berkenaan.
d)Hanya kontraktor berdaftar sahaja boleh menyertai tender yang menggunakan Sistem JET. Langkah-langkah untuk membuka akaun dan mendaftar masuk sistem boleh dirujuk menerusi Manual Petender yang boleh dimuat turun melalui laman sesawang https://tender.jkr.gov.my.
e)Kontraktor yang telah berdaftar dengan Sistem JET akan menerima ID dan kata laluan untuk log masuk, melihat paparan iklan, membeli dan mengemukakan dokumen tender.

TAKLIMAT TENDER & LAWATAN TAPAK
a) Taklimat tender & lawatan tapak adalah WAJIB bagi semua petender. Permohonan menghadiri taklimat tender dan lawatan tapak hendaklah dibuat melalui sistem JKR E-Tender (JET) sebelum Tarikh Taklimat tender & Lawatan Tapak yang ditetapkan. Hanya petender yang mendapat pengesahan kehadiran daripada Pejabat Mengurus Tender (PMT) sahaja dibenarkan untuk menyertai Taklimat Tender dan Lawatan Tapak.
b) Hanya seorang (1) penama yang tercatat didalam sijil PPK, SPKK, PUKONSA atau UPKJ yang dibenarkan menghadiri Sesi Taklimat dan Lawatan Tapak berkenaan. Petender / syarikat tidak boleh mewakilkan sesiapa selain penama di dalam PPK, SPKK, PUKONSA atau UPKJ.
c) Pendaftaran untuk Taklimat Tender dan Lawatan Tapak akan bermula dari Jam 10.00 pagi sehingga 11.00 pagi.
d) Petender / syarikat perlu membawa sijil pendaftaran ASAL dan SALINAN bagi sijil PPK, SPKK dan STB / PUKONSA / UPKJ, kad pengenalan dan lain-lain dokumen yang berkaitan semasa menghadiri taklimat dan lawatan tapak.
e) Sila bawa Cop Syarikat Beralamat untuk memudahkan urusan pendaftaran semasa taklimat tender & lawatan tapak dijalankan.

PEMBELIAN DOKUMEN TENDER:
a) Pembayaran secara atas talian yang dibenarkan adalah menggunakan JomPAY sahaja.
b) Kontraktor yang LAYAK perlu memuatnaik salinan (dalam format *pdf) Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dengan CIDB; dan bukti pembayaran (Slip JomPAY) bagi tujuan pembelian dokumen tender.
c) Dokumen tender hanya akan dijual kepada Kontraktor yang LAYAK berdasarkan kepada maklumat pendaftaran dan bukti pembayaran yang dikemukakan. Bayaran TIDAK akan dikembalikan sekiranya petender gagal memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.

BON TENDER
a) Kenaan nilai Bon/Deposit Tender bagi Projek ini adalah sebanyak RM 300,000.00. Petender perlu mengemukakan dokumen ASAL bagi bon / deposit tender ke alamat berikut dan mendapatkan bukti penerimaan daripada pejabat berikut dan hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya pada tarikh tutup tender. Salinan bagi bon / deposit tender juga hendaklah dimuatnaik di dalam Sistem JET.

Unit Tawaran Pusat
Cawangan Pengurusan Perolehan dan Harta,
Bahagian Kewangan,
Tingkat Bawah, Blok A, Kementerian Kerja Raya,
Jalan Sultan Salahuddin,
50580 KUALA LUMPUR

PERINGATAN:
Pejabat Mengurus Tender (PMT) tidak akan bertanggungjawab di atas kecuaian Kontraktor dalam memastikan kesempurnaan penerimaan emel, isu pembayaran dan dokumen yang dimuat turun.
Tarikh Tutup