MENAIKTARAF SISTEM KAMERA LITAR TERTUTUP (CCTV) DI MENARA DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (DBP) | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
Jenis Perolehan
Tender
Tarikh Iklan
Tajuk Perolehan

MENAIKTARAF SISTEM KAMERA LITAR TERTUTUP (CCTV) DI MENARA DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (DBP)

Pejabat Yang Memanggil

CAWANGAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK, IBU PEJABAT JKR KL

Status Syarikat

BUMIPUTERA

T1

Gred CIDB
G4 DAN KEATAS
Kategori

ME

Pengkhususan

E02, E04, E11 DAN E14

PUKONSA
KELAS: B
TAJUK: VII ELECTRICAL WORKS
TAJUK KECIL: 1, 14 DAN 15

UPKJ
KELAS: I
KEPALA: VIIA: ELECTRICAL WORKS (BUILDINGS)
SUB KEPALA: 1

Tarikh Lawatan Tapak
Tarikh Mula Dijual
Tarikh Akhir Dijual
Harga Dokumen
RM100.00
Lawatan Tapak

WAJIB

MAKLUMAT LAWATAN ADALAH SEPERTI BERIKUT:
TARIKH LAWATAN: 21/05/2025
MASA LAWATAN: 12:00 PM
LOKASI LAWATAN: DEWAN SEMINAR, ARAS 2, MENARA DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA, KUALA LUMPUR

MAKLUMAT TAKLIMAT ADALAH SEPERTI BERIKUT:
TARIKH TAKLIMAT: 21/05/2025
MASA TAKLIMAT: 10:00 AM
LOKASI TAKLIMAT: DEWAN SEMINAR, ARAS 2, MENARA DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA, KUALA LUMPUR

MAKLUMAT DOKUMEN 
HARGARM 100
MAKLUMAT BAYARANJOMPAY
BILLER CODE:KKR 177501
NOTA: KEMENTERIAN KERJA RAYA
REF 1: JKR/CKE/CCTV DBP/2025
Ref 2: NAMA SYARIKAT ANDA

BAYARAN TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN SEKIRANYA PETENDER GAGAL MEMENUHI SYARAT-SYARAT YANG TELAH DITETAPKAN.

PAUTAN UNTUK MEMUAT TURUN DOKUMEN TENDER (JIKA BERKENAAN) AKAN DIAKTIFKAN SETELAH SELESAI PROSES LAWATAN TAPAK/TAKLIMAT TENDER (SEKIRANYA WAJIB) DAN PEMBAYARAN. PETENDER DIKEHENDAKI LOG MASUK KE DALAM SISTEM UNTUK MEMUAT TURUN DOKUMEN TENDER.
TARIKH MULA DIJUAL26/05/2025
TARIKH AKHIR DIJUAL02/06/2025
TEMPAT DIJUALSISTEM JET
WAKTU TUTUP JUAL TENDER05:00 PM
TEMPAT DITUTUPSISTEM JET
TARIKH TENDER DITUTUP23/06/2025
WAKTU TENDER DITUTUP12:00 PM
NOTAPENDAFTARAN KONTRAKTOR:

a) Petender mempunyai PPK dan SPKK atau PPK dan Sijil PUKONSA atau PPK dan Sijil UPKJ dalam gred/kelas, kategori dan pengkhususan yang ditetapkan dalam kenyataan tender.

b) Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), PUKONSA dan UPKJ hendaklah masih berkuatkuasa sekurang-kurangnya melebihi 3 bulan daripada tarikh tutup tender.

c) Petender tidak mempunyai kerja semasa yang ‘sakit’ serta bebas daripada rekod prestasi yang tidak memuaskan dari segi tempoh penyiapan projek serta kualiti kerja yang dilaksanakan oleh kontraktor dalam tempoh lima (5) tahun lalu.

d) Petender berdaftar yang telah digantung oleh CIDB, UPKJ atau PUKONSA dari menyertai tender, TIDAK LAYAK untuk menyertai tender ini.

e) Surat Kebenaran Khas dari CIDB adalah TIDAK DIBENARKAN.

f) Mengemukakakn Tax Compliance Certificate (TCC) bersama dokumen tender semasa mengemukakan tawaran. TCC yang dikemukakan hendaklah berstatus "PATUH" dan sah dalam tempoh tahun semasa perolehan.

g) Keperluan Pengisytiharan Pemunya Benefisial dan Akuan Menangani Jenayah Pemerdagangan Orang dan Buruh Paksa. Borang Pengisytiharan Pemunya Benefisial (Lampiran A) dan Surat Akuan Syarikat Dalam Menangani Jenayah Pemerdagangan Orang dan Buruh Paksa (Lampiran B) yang lengkap diisi perlu dimuat naik bersama dokumen tender.

JKR E-TENDERING (SISTEM JET) :

Proses tender ini dilaksanakan secara dalam talian melalui Sistem JET.
a) Petender yang berminat menyertai tender ini hendaklah membuat pendaftaran dalam portal https://tender.jkr.gov.my. Pendaftaran akaun pengguna (kontraktor) hanya perlu dibuat sekali sahaja dengan menggunakan nama syarikat yang berkenaan.

b) Hanya petender berdaftar sahaja boleh menyertai tender yang menggunakan Sistem JET. Langkah-langkah untuk membuka akaun dan mendaftar masuk sistem boleh dirujuk menerusi Manual Pengguna yang boleh dimuat turun melalui portal Sistem JET.

c) Kontraktor yang telah berdaftar dengan Sistem JET akan menerima ID dan kata laluan untuk log masuk, melihat paparan iklan, membeli dan mengemukakan dokumen tender.

d) Dokumen Meja Tender boleh disemak dan dokumen tender boleh diperolehi secara dalam talian melalui Sistem JET.

TAKLIMAT TENDER & LAWATAN TAPAK

a) Taklimat tender & lawatan tapak adalah WAJIB bagi semua petender. Permohonan menghadiri taklimat tender dan lawatan tapak hendaklah dibuat melalui sistem JKR E-Tender (JET) sebelum Tarikh Taklimat tender & Lawatan Tapak yang ditetapkan. Hanya petender yang telah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan akan dibenarkan untuk menyertai Taklimat Tender dan Lawatan Tapak.

b) Hanya seorang (1) penama yang tercatat didalam sijil PPK, SPKK, PUKONSA atau UPKJ yang dibenarkan manghadiri Lawatan Tapak atau Sesi Taklimat berkenaan. Petender/syarikat tidak boleh mewakilkan pegawai selain daripada penama dalam PPK, SPKK, PUKONSA atau UPKJ.

c) Pendaftaran untuk Taklimat Tender dan Lawatan Tapak akan bermula dari Jam 9.00 pagi sehingga 10.00 pagi. Kelewatan kontraktor melebihi 10.00 pagi tidak akan dipertimbangkan.

d) Petender/syarikat perlu membawa lesen ASAL dan SALINAN sijil PPK, SPKK dan STB, PUKONSA atau UPKJ, kad pengenalan dan lain-lain dokumen yang berkaitan semasa menghadiri taklimat dan lawatan tapak.

e) Sila bawa Cop Syarikat Beralamat untuk memudahkan urusan pendaftaran semasa taklimat tender & lawatan tapak dijalankan.

f) Petender akan diberikan Borang Kehadiran Kontraktor (Taklimat Tender & Lawatan Tapak) semasa pendaftaran. Petender perlu mendapatkan PENGESAHAN JKR ke atas borang tersebut setelah selesai sesi Lawatan Tapak.

g) Segala Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Agensi Kerajaan yang berkaitan hendaklah dipatuhi.

PEMBELIAN DOKUMEN TENDER :

a) Petender perlu memuat naik salinan (dalam format *pdf) Borang Kehadiran Kontraktor (Taklimat Tender & Lawatan Tapak) di dalam Sistem JKR E-Tender (JET) selepas menghadiri Taklimat Tender & Lawatan Tapak.

b) Hanya Petender yang diberi pengesahan melalui Sistem JKR E-Tender (JET) setelah memuat naik Borang Kehadiran Kontraktor (Taklimat Tender & Lawatan Tapak) dibenarkan membuat bayaran pembelian Dokumen Tender.

c) Kontraktor yang LAYAK membuat bayaran pembelian Dokumen Tender perlu memuatnaik salinan (dalam format *pdf) RESIT PEMBAYARAN (Slip JomPAY) di dalam Sistem JKR E-Tender (JET) sehingga Tarikh dan Masa Tutup Jualan Dokumen Tender yang telah ditetapkan.

d) Bayaran TIDAK akan dikembalikan sekiranya petender gagal memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.

e) Butang Muat Turun Dokumen Tender akan diaktifkan di dalam Sistem JKR E-Tender (JET) setelah salinan RESIT PEMBAYARAN (Slip JomPAY) yang dimuatnaik oleh petender disahkan oleh Pejabat Mengurus Tender.

f) Petender yang memenuhi kriteria yang telah ditetapkan akan menerima e-mel pemakluman bagi pengesahan pembelian Dokumen Tender dalam tempoh satu (1) hari bekerja dan boleh memuat turun Dokumen Tender secara salinan lembut (softcopy) melalui Sistem JET.

PERINGATAN :
Pejabat Mengurus Tender (PMT) tidak akan bertanggungjawab di atas kecuaian Kontraktor dalam memastikan kesempurnaan penerimaan emel, isu pembayaran dan dokumen yang dimuat turun.
   


 

Tarikh Tutup