TENDER TERBUKA PERKHIDMATAN PERUNDING UKUR TANAH BAGI PROJEK MENAIKTARAF LEBUHRAYA TANJUNG MALIM-LUMUT; FASA 1 : MENAIKTARAF JALAN TOL TANJUNG MALIM KE POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH (FT001), DARI SEKSYEN 466.8 HINGGA SEKSYEN 483 (KERJA AWALAN, REKABENTUK & PENGAMBILAN TANAH)
CAWANGAN JALAN
330203
(UKUR TANAH)
Maklumat Taklimat Tender dan Lawatan Tapak
Kehadiran Taklimat Tender dan Lawatan Tapak DIWAJIBKAN bagi petender yang telah melepasi saringan berdasarkan Borang Maklumat Asas.
Maklumat berkaitan Taklimat Tender dan Lawatan Tapak akan dimaklumkan oleh Pejabat Membuat Tender kepada petender yang telah melepasi saringan berdasarkan Borang Maklumat Asas sebelum tarikh Taklimat Tender dan Lawatan Tapak.
Taklimat Tender dan Lawatan Tapak akan diadakan di Jabatan Kerja Raya Muallim, Persiaran Wisma, Kampung Manggis, 35800 Slim River,
Perak pada 29 APRIL 2025 jam 11.00 Pagi. Hanya Pemilik Syarikat/Prinsipal atau Penama/Rakan Kongsi yang didaftarkan dalam Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan Sahaja yang dibenarkan hadir. Sila bawa bersama dokumen asal Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan, Sijil Pendaftaran Lembaga Jurukur Tanah Malaysia dan Cop Syarikat Beralamat semasa Taklimat Tender dan Lawatan Tapak.
Tatacara Penyertaan Tender
1) Petender WAJIB mengisi BORANG MAKLUMAT ASAS di pautan yang diberikan di bawah bermula dari 21 APRIL 2025 sehingga 24 APRIL
2025 sebelum jam 1.00 Petang. Bagi sesi pengisian Borang Maklumat Asas tersebut, hanya PENAMA yang tercatat di dalam Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia sahaja dibenarkan mendaftar. Borang Maklumat Asas yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.
2) Hanya petender yang LAYAK SAHAJA (melepasi saringan berdasarkan Borang Maklumat Asas serta menghadiri sesi Taklimat Tender dan Lawatan Tapak) akan menerima emel bagi pengedaran dokumen pelawaan. Dokumen Pelawaan akan diedarkan bermula pada 30 APRIL 2025.
3) Petender yang layak perlu memuat turun Dokumen Pelawaan seperti yang tercatat di dalam emel tersebut.
4) Dokumen Pelawaan yang diberikan adalah PERCUMA.
Daftar disini (Borang Maklumat Asas) https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfI5PJ0EPgfM5Le9dkml8OHNkPbcPNH3k4nGZWHIK8Y3n0Yaw/viewform?usp=sharing
Cadangan Teknikal dan Cadangan Kos tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Pelawaan terbuka di Unit Tawaran Pusat, Cawangan
Pengurusan Perolehan & Harta, Bahagian Kewangan, Tingkat Bawah Blok A, Kementerian Kerja Raya, Kompleks Kerja Raya, Jalan Sultan Salahuddin, 50580 Kuala Lumpur seperti alamat di atas tidak lewat daripada jam 12.00 tengah hari pada 20 MEI 2025. Dokumen Cadangan Teknikal dan Cadangan Kos yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.