KERJA-KERJA PEMBANGUNAN TEATER SAINS SERTA KERJA-KERJA BERKAITAN
DI PUSAT SAINS NEGARA KUALA LUMPUR
PUSAT SAINS NEGARA
KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI
Sebut harga adalah dipelawa daripada kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan lndustri Pembinaan Malaysia (CIDB) di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor Darul Ehsan serta mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil Taraf Bumiputera (STB) serta Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) yang masih sah Gred G3 Kategori B (Bangunan) Pengkhususan B28 (Kerja-kerja Ubahsuai)
B
B28
Taklimat sebut harga dan lawatan tapak adalah DIWAJIBKAN. Penyebutharga hendaklah kemukakan Sijil Pendaftaran Asal Lesen Kewangan, CIDB (Perakuan Pendaftaran Kontraktor & Sijil Perolehan Kerja Kerajaan) & PKK (Sijil Taraf Bumiputera), SSM (Sijil Pendaftaran Syarikat) ketika sesi pendaftaran. Surat Kebenaran Khas CIDB adalah dibenarkan
TARIKH | MASA | TEMPAT |
10 April 2025 (Khamis) | 10.00 pagi | Auditorium Ibnu Sina, Aras 3, Pusat Sains Negara Kuala Lumpur |
Dokumen Sebut harga akan dihantar melalui E-MEL RASMI SYARIKAT YANG BERDAFTAR DENGAN CIDB SAHAJA (e-mel persendirian tidak dibenarkan) yang didaftarkan ketika pendaftaran sesi taklimat dan lawatan tapak serta syarikat yang berjaya melepasi syarat kelayakan yang ditetapkan seperti di para 2 bermula dari 10 April 2025 (Khamis).
Dokumen sebut harga dalam bentuk salinan cetak yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam satu (1) sampul surat dengan serahan tangan dan dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga diUnit Pengurusan, Aras 3, Pejabat Pentadbiran, Pusat Sains Negara, Persiaran Bukit Kiara, 50662 Kuala Lumpur pada 24 April 2025 (Khamis) sebelum jam 12.00 tengah hari.
Sebarang pertanyaan sila hubungi talian 03-20893490 atau emelkan kepada amir@psn.gov.my