KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN DAN PEMBAIKAN BANGUNAN SEKOLAH SERTA LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN DI SEKOLAH KEBANGSAAN LONG LUPING, LAWAS, SARAWAK
Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan, Ibu Pejabat JKR Malaysia
Terbuka
T1
B
B04
UPKJ
Kelas : Kelas A
Kepala : Kepala II
Sub-kepala : Sub-kepala 2a
DIWAJIBKAN
Taklimat Tender dan Lawatan Tapak adalah DIWAJIBKAN pada 9 April 2025 (Rabu), jam 9:30 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Sekolah Kebangsaan Long Luping, Lawas, Sarawak. Pendaftaran akan bermula jam 9:00 pagi hingga 9:30 pagi. Bagi Taklimat Tender dan Lawatan Tapak yang diwajibkan, hanya penama yang tercatat di dalam sijil PPK & SPKK atau PPK & UPKJ yang dibenarkan menghadiri Taklimat Tender dan Lawatan Tapak berkenaan. Kontraktor/syarikat tidak boleh mewakilkan pegawai selain daripada penama dalam PPK & SPKK atau PPK & UPKJ.
Hanya Kontraktor/syarikat yang TIDAK DIKENAKAN tindakan tatatertib atau penggantungan oleh CIDB sahaja dibenarkan menghadiri sesi taklimat.
Kontraktor diwajibkan mengemukakan di dalam Dokumen Tender salinan Sijil Pematuhan Cukai (Tax Compliance Certificate - TCC) yang dikeluarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang masih sah tempoh sah laku dan berstatus “PATUH”
- Kontroktor diwajibkan mengemukakan di dalam Dokumen Tender Pengisytiharaan Pemunya Benefisial dan Surat Akuan Syarikat Dalam Menangani Jenayah Permadangan Orang dan Buruh Paksa
Tempat Dan Tarikh Dokumen Mulai Dijual
Dokumen Tender akan dijual secara atas talian melalui Sistem JKR E-Tender (JET) kepada Kontraktor yang menghadiri Taklimat Tender dan Lawatan Tapak serta telah membuat bayaran Dokumen Tender SAHAJA.16.04.2025 (Rabu) Hingga 23.04.2025 (Rabu)
Harga Dokumen
RM300.00
Tempat, Tarikh & Waktu Tender Tutup
14.05.2025 (Rabu) 12.00 Tengahari
Secara atas talian melalui Sistem JKR E-Tender (JET)
TAKLIMAT TENDER & LAWATAN TAPAK:
Kontraktor yang LAYAK dan berminat dikehendaki untuk memohon untuk hadir ke taklimat tender dan lawatan tapak melalui Sistem JET di portal https://tender.jkr.gov.my sebelum tarikh taklimat tender dan lawatan tapak yang ditetapkan.
- Permohonan Kontraktor untuk menghadiri taklimat tender dan lawatan tapak akan disahkan oleh pejabat yang mengeluarkan tender.
- Kontraktor dikehendaki untuk menghadiri taklimat tender dan lawatan tapak yang berkenaan pada masa, tarikh dan tempat yang telah ditetapkan.
- Kontraktor perlu memuat naik bukti kehadiran secara atas talian melalui Sistem JET di portal https://tender.jkr.gov.my untuk disahkan oleh pejabat yang mengeluarkan tender. Kegagalan Kontraktor untuk mengemukakan bukti kehadiran taklimat tender dan lawatan tapak akan menyebabkan Kontraktor tidak layak menyertai tender.
- Sila bawa Cop Syarikat Beralamat untuk memudahkan urusan pendaftaran semasa taklimat tender dan lawatan tapak dijalankan.
- Segala Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Agensi Kerajaan yang berkaitan hendaklah dipatuhi.
PEMBELIAN DOKUMEN TENDER:
- Kontraktor yang LAYAK perlu memuat naik salinan (dalam format PDF):
- Bukti pembayaran/resit bayaran (Slip JomPAY); dan
- Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK); atau
- Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) dan UPKJ
- Dokumen Tender hanya akan dijual kepada Kontraktor yang LAYAK berdasarkan kepada maklumat pendaftaran dan bukti pembayaran yang dikemukakan. Bayaran TIDAK akan dikembalikan sekiranya Kontraktor gagal memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.