PERKHIDMATAN PERUNDINGAN BAGI KAJIAN KEMUNGKINAN
(FS) BAGI PEMBINAAN JALAN PINTAS (BYPASS) BANDAR KULAI
BAHAGIAN PERANCANG JALAN, KEMENTERIAN KERJA RAYA
FIRMA PERUNDING HENDAKLAH BERDAFTAR DENGAN KEMENTERIAN KEWANGAN DI BAWAH
KOD BIDANG 340201 – KAJIAN RANGKAIAN PENGANGKUTAN
ATAU
KOD BIDANG 340202 – KAJIAN TRAFIK
Taklimat tender secara fizikal akan diadakan pada 19 Mac 2025.
Hanya petender yang melepasi tapisan saringan wajib sahaja akan
diberikan notis jemputan sesi taklimat tender.
Borang Saringan Wajib dan Tarikh Taklimat Tender
Petender yang memenuhi syarat-syarat pendaftaran dan berminat hendaklah WAJIB mengisi Borang Saringan Wajib yang boleh dicapai melalui pautan berikut https://forms.gle/o12sUiXATmaJJq7M6 pada tarikh yang ditetapkan iaitu bermula dari 12 Mac 2025 sehingga 16 Mac 2025 sebelum
jam 11.59 malam.
Petender yang LAYAK SAHAJA (melepasi saringan wajib) akan menerima e-mel jemputan untuk menghadiri sesi taklimat tender secara fizikal. Petender yang layak diwajibkan menghadiri sesi taklimat tender dan hendaklah membuat pengesahan kehadiran melalui pautan google form yang akan disediakan oleh urusetia dalam sesi taklimat tender berkenaan.
Tarikh Dokumen Pelawaan Mula/Tamat Diedar Atas Talian Dokumen Pelawaan akan diedar secara atas talian bagi pembida yang layak (melepasi tapisan saringan wajib dan menghadiri sesi
taklimat tender) dan selepas slip bayaran diterima SAHAJA bermula dari 20 Mac 2025 sehingga 25 Mac 2025.
Hanya petender yang layak dan telah mengemukakan slip bayaran akan menerima e-mel daripada urusetia yang mengandungi nama pengguna berserta kata laluan dan pautan untuk memuat turun Dokumen Pelawaan dalam tempoh yang ditetapkan.
Tempat, Tarikh & Waktu Tender Tutup
Cawangan Pengurusan Perolehan & Harta, Bahagian Kewangan,
Tingkat Bawah Blok A, Kompleks Kerja Raya, Jalan Sultan Salahuddin, 50580 KUALA LUMPUR 8 April 2025 (12.00 tengah hari)