PEMASANGAN ELEKTRIK UNTUK PEMBINAAN STOR RAMPASAN PEJABAT PENGUATKUASAAN KASTAM KUCHING, SARAWAK (TENDER SEMULA) | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
Jenis Perolehan
Sebutharga
Tarikh Iklan
Tajuk Perolehan

PEMASANGAN ELEKTRIK UNTUK PEMBINAAN STOR RAMPASAN PEJABAT PENGUATKUASAAN KASTAM KUCHING, SARAWAK (TENDER SEMULA)

Pejabat Yang Memanggil

UNIT PERUNDING REKABENTUK BANGUNAN AM 1

CAWANGAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK

IBU PEJABAT JKR MALAYSIA

KUALA LUMPUR

Gred CIDB
G3/G4/G5/G6/G7
Kategori

ME

Pengkhususan

E04, E011 & E17 serta UPKJ 

Tarikh Lawatan Tapak
Tarikh Mula Dijual
Tarikh Akhir Dijual
Lawatan Tapak
  1. Taklimat Sebut Harga adalah diwajibkan. Taklimat Sebut Harga akan diadakan pada 28 November 2024, jam 9.30 pagi secara fizikal di Cawangan Elektrik, Jabatan Kerja Raya Sarawak. Hanya penama di dalam sijil pendaftaran CIDB dibenarkan menyertai taklimat dan syarikat tidak boleh mewakilkan selain daripada penama bagi sesi Taklimat Sebut Harga. Syarikat yang tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan tidak akan dibenarkan menyertai sesi taklimat Sebut Harga tersebut.
  2. Penyebutharga wajib mengemukakan TCC bersama-sama dokumen sebut harga semasa mengemukakan tawaran. Penyebutharga boleh membuat semakan dan cetakan TCC secara kendiri melalui menu status MyTax di portal MyTax iaitu https://mytax.hasil.qov.my. Portal MyTax boleh diakses menggunakan nombor kad pengenalan / pasport dan kata laluan seperti mana pembayar cukai mendaftar masuk bagi tujuan pengemukaan borang nyata cukai pendapatan (BNCP) melalui aplikasi e-filing. TCC yang dikemukakan hendaklah berstatus "patuh" dan sah dalam tempoh tahun semasa perolehan.
  3. Dokumen Sebut Harga hanya boleh dimuat turun (Download) melalui pautan (Link URL) yang akan diemailkan kepada kontraktor yang melepasi kriteria dan menghadiri Taklimat Sebut Harga. Tempoh untuk muat turun Dokumen Sebut Harga adalah bermula  28 November 2024 sehingga 30 November 2024.

  4. Dokumen Sebut Harga dalam bentuk salinan cetak (hardcopy) yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dengan hanya serahan tangan di alamat: Ketua Penolong Pengarah Kanan (Elektrik), Cawangan Elektrik, Jabatan Kerja Raya Sarawak, Tingkat 16, Wisma Saberkas, Jalan Tun Abang Haji Openg, 93582 Kuching, Sarawak TIDAK LEWAT DARI JAM 12.00 tengahari, 12 Disember 2024 (Khamis). 

  5. Sebarang pertanyaan sila email ke aizaadzis@jkr.gov.my atau nurulanisa@jkr.gov.my .

Tarikh Tutup