PRA-KELAYAKAN KONTRAKTOR PENYIAP KEMENTERIAN
KERJA RAYA MALAYSIA TAHUN 2025
Bahagian Perolehan, Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan,
Ibu Pejabat JKR Malaysia
TERBUKA
Semua Kategori
Semua jenis Pengkhususan
Mempunyai sijil-sijil seperti berikut;
▪ Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK)
ATAU
▪ Sijil Pusat Pendaftaran Kontraktor Kerja, Bekalan dan Perkhidmatan Negeri Sabah (PUKONSA)
ATAU
▪ Sijil Unit Pendaftaran Kontraktor dan Juruperunding, Negeri Sarawak (UPKJ)
Harga Dokumen, Bayaran Atas Nama & Tempoh Pembayaran
RM 50.00
Nama Penerima:
BILLER CODE: 177501 KEMENTERIAN KERJA RAYA
REF 1: JSKP/KKR/2025
REF 2: NAMA SYARIKAT PETENDER
Tempoh Muat Turun Dokumen Pra- Kelayakan Atas Talian
1 OGOS 2024 (KHAMIS) HINGGA 26 OGOS 2024 (ISNIN)
Petender DIWAJIBKAN mengisi Borang Maklumat Bayaran melalui pautan https://forms.gle/hJJFGRuNGR9HJabN8
serta memuatnaik Slip Bayaran dan Sijil-Sijil Pendaftaran berkaitan.
Tarikh tutup pengisian Borang Maklumat
Bayaran ini adalah pada 1 Ogos 2024 (Khamis) Hingga 26 Ogos 2024 (Isnin) sebelum jam 5.00 petang
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN:
Kontraktor hendaklah memenuhi syarat-syarat wajib berikut:
(a) PENDAFTARAN KONTRAKTOR
i. Mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB);
▪ Gred : Terbuka kepada G3, G4, G5, G6 dan G7
▪ Kategori : Terbuka kepada semua Kategori
▪ Pengkhususan : Terbuka kepada semua jenis Pengkhususan
ii. Mempunyai sijil-sijil seperti berikut;
▪ Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) ATAU;
▪ Sijil Pusat Pendaftaran Kontraktor Kerja, Bekalan dan Perkhidmatan Negeri Sabah (PUKONSA) ATAU;
▪ Sijil Unit Pendaftaran Kontraktor dan Juruperunding, Negeri Sarawak (UPKJ)
iii. Pendaftaran mestilah masih sah berkuatkuasa sekurang-kurangnya TIGA (3) bulan dari tarikh tutup Pra-Kelayakan
(b) SCORE CIDB
Mempunyai sijil SCORE CIDB dengan minimum 3 Bintang dan masih berkuatkuasa sekurang-kurangnya TIGA (3) bulan dari tarikh tutup Pra-Kelayakan.
(c) BON/DEPOSIT TENDER
i. Petender dikehendaki mengemukakan Bon/Deposit mengikut kelayakan gred yang dimohon seperti berikut.
G7 – RM 500,000.00
G6 – RM 250,000.00
G5 – RM 150,000.00
G4 – RM 75,000.00
G3 – RM 25,000.00
Petender perlu mengemukakan dokumen ASAL bagi bon/ deposit tender ke Cawangan Pengurusan Perolehan dan Harta, Bahagian Kewangan,
Kementerian Kerja Raya dan hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya pada tarikh tutup tender mengikut masa yang ditetapkan.
(d) KEUPAYAAN KEWANGAN
Kontraktor Gred G4, G5, G6 dan G7
i.Mempunyai Nett Worth melebihi 20% dari Nilai Tahunan Baki Kerja (NTBK).
Kontraktor Gred G3
i.Mempunyai Nett Worth melebihi 20% dari Nilai Tahunan Baki Kerja (NTBK) atau Modal Pusingan melebihi 10% dari NTBK atau Modal Mudah Cair melebihi 5% dari NTBK.
(e) PENGALAMAN KERJA
i. Kontraktor yang mempunyai pengalaman dengan Nilai Tahunan Keseluruhan Kerja Tertinggi (NTKK) melebihi 30% daripada Nilai Tahunan Bebanan Kerja (NTBK) bagi kategori yang dipohon.
(f) KAKITANGAN TEKNIKAL
i.Kontraktor hendaklah melepasi kriteria bilangan kakitangan teknikal minima yang telah ditetapkan di dalam dokumen pra-kelayakan.
(g) Kontraktor hendaklah bebas daripada sebarang tindakan undang-undang seperti senarai hitam, tatatertib, litigasi dan jenayah daripada mana-mana badan kawal selia yang berkenaan, tidak mempunyai rekod prestasi kerja semasa yang sakit dan juga tidak mempunyai rekod prestasi kerja yang ditamatkan atau tidak memuaskan dalam tempoh lima (5) tahun yang lepas.
Pembayaran hendaklah dibuat secara atas talian menggunakan aplikasi JomPAY sahaja. Kaedah bayaran lain tidak diterima. Salinan resit bayaran JomPAY perlu dikemukakan bersama-sama
Dokumen Pra-Kelayakan sebagai bukti pembayaran. Tiada lagi resit rasmi pembayaran akan dikeluarkan. Kegagalan mengemukakan resit bayaran boleh menyebabkan tawaran ditolak dan tidak akan direkodkan dalam jadual buka tender.
Dokumen Pra-Kelayakan hendaklah dikemukakan secara serahan tangan pada tarikh tutup tender dengan mematuhi Prosedur Operasi Piawai (SOP) yang disediakan di dalam Arahan Kepada Petender.
Pengemukaan Dokumen Pra- Kelayakan secara atas talian TIDAK DIBENARKAN / TIDAK DITERIMA.
Petender dinasihatkan supaya merujuk iklan dari masa ke semasa jika terdapat perubahan atau ralat terkini.
Kerajaan tidak akan bertanggungjawab sekiranya petender gagal mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.
Kontraktor Penyiap yang mempunyai Sijil Kontraktor Penyiap yang akan luput tarikh sah laku turut digalakkan menyertai pra-kelayakan ini.
Tempat,Tarikh & Waktu Tender Tutup
Unit Tawaran Pusat, Cawangan Pengurusan Perolehan Dan Harta, Bahagian Kewangan, Tingkat Bawah, Blok A, Kementerian Kerja Raya, Jalan Sultan Salahuddin, 50580 Kuala Lumpur
2 SEPTEMBER 2024 (ISNIN) Sebelum / Pada Jam
12.00 TENGAHARI (Serahan Tangan)
Pengemukaan Dokumen Pra- Kelayakan secara atas talian TIDAK DIBENARKAN / TIDAK DITERIMA