Meroboh dan Membina Semula Jeti Markas Operasi Pasukan Polis Marin Wilayah 2, Muar Johor No. Tender : JKR/CKUB/22517/2023 | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
Tarikh Iklan
Tajuk Perolehan

Meroboh dan Membina Semula Jeti Markas Operasi Pasukan Polis Marin Wilayah 2, Muar Johor

No. Tender : JKR/CKUB/22517/2023

Pejabat Yang Memanggil

Bahagian Kejuruteraan Infrastruktur Pengangkutan dan Cerun, Cawangan Kontrak Dan Ukur Bahan, Ibu Pejabat JKR Malaysia

Status Syarikat

BUMIPUTERA

**Syarikat tempatan yang mempunyai pegangan ekuiti sekurang-kurangnya 70% milik warganegara tempatan; ATAU Syarikat tempatan yang disenaraikan di Bursa Malaysia, iaitu syarikat-syarikat yang ditubuhkan dan diperbadankan di Malaysia oleh warganegara dengan syarat pegangan ekuiti asing tidak melebihi 30% dan Lembaga Pengarah , pengurusan dan pekerja dianggotai 100% warganegara tempatan.

Gred CIDB
G7
Kategori

B & CE

Pengkhususan

B01, B04, CE03 dan CE21 dan Sijil Taraf Bumiputera (STB) ATAU;

Kontraktor hendaklah mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) yang sah dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dan berdaftar dengan Unit Pendaftaran Kontraktor dan Juruperunding (UPKJ) dalam Kelas A, Kepala I – Sub kepala 1 & 2b(i) dan Kepala II – Sub Kepala 2(a) dan Sijil Taraf Bumiputera (STB) ATAU;

Kontraktor hendaklah mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) yang sah dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dan berdaftar dengan Pusat Pendaftaran Kontraktor-Kontraktor Kerja, Bekalan dan Perkhidmatan Negeri Sabah (PUKONSA) dalam Kelas A, Tajuk I – Tajuk Kecil 1 & 2 dan Tajuk II – Tajuk Kecil 1 & 2(b) dan Sijil Taraf Bumiputera (STB)

Tarikh Lawatan Tapak
Tarikh Mula Dijual
Tarikh Akhir Dijual
Harga Dokumen
RM500.00
Lawatan Tapak

TAKLIMAT TENDER DIWAJIBKAN

Taklimat Tender akan diadakan sepertimana berikut:

i. Tarikh      : 27/03/2023 (Isnin)

ii. Masa      : 10.30 pagi

iii. Tempat  : Bilik Mesyuarat

                    Jabatan Kerja Raya Daerah Muar, Johor

 

LAWATAN TAPAK DIWAJIBKAN

Lawatan Tapak akan diadakan sepertimana berikut:

i. Tarikh     : 27/03/2023 (Isnin)

ii. Masa     : 12.00 tengah hari

iii. Tempat : Markas Operasi Pasukan Polis Marin Wilayah 2, Muar, Johor

 

 

NOTA :

 

JKR E-TENDERING (SISTEM JET) :

Proses tender ini dilaksanakan secara dalam talian melalui Sistem JET.

a) Kontraktor yang berminat menyertai tender hendaklah membuat pendaftaran dalam portal https://tender.jkr.gov.my. Pendaftaran akaun pengguna (kontraktor) hanya perlu dibuat sekali sahaja dengan menggunakan nama syarikat yang berkenaan.

 

b) Hanya kontraktor berdaftar sahaja boleh menyertai tender yang menggunakan Sistem JET. Langkah-langkah untuk membuka akaun dan mendaftar masuk sistem boleh dirujuk menerusi Manual Pengguna yang boleh dimuat turun melalui portal https://tender.jkr.gov.my.

 

c) Kontraktor yang telah berdaftar dengan Sistem JET akan menerima ID dan kata laluan untuk log masuk, melihat paparan iklan, membeli dan mengemukakan dokumen tender.

 

TAKLIMAT TENDER & LAWATAN TAPAK :

  1. Kontraktor yang LAYAK dan berminat dikehendaki untuk memohon untuk hadir ke Taklimat Tender dan Lawatan Tapak melalui Sistem JET.
  2. Kontraktor yang HADIR dan LAYAK hendaklah memuat naik slip kehadiran di dalam Sistem JET untuk pengesahan Pejabat Memanggil Tender (PMT).

c)    Segala Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Agensi Kerajaan yang berkaitan hendaklah dipatuhi. Sila bawa Cop Syarikat Beralamat untuk memudahkan urusan pendaftaran semasa taklimat tender & lawatan tapak dijalankan.

 

PEMBELIAN DOKUMEN TENDER :

a) Kontraktor yang LAYAK perlu memuatnaik salinan (dalam format *pdf) Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil Taraf Bumiputera(STB) dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dengan CIDB; atau PPK, STB dan UPKJ; atau PPK, STB dan PUKONSA yang disahkan dalam Gred/Kelas, Kategori/Tajuk/Kepala & Pengkhususan/Tajuk Kecil/Sub Kepala yang ditetapkan dan bukti pembayaran (Slip JomPAY) bagi tujuan pembelian dokumen tender.

 

b) Dokumen tender hanya akan dijual kepada Kontraktor yang LAYAK berdasarkan kepada maklumat pendaftaran dan bukti pembayaran yang dikemukakan. Bayaran TIDAK akan dikembalikan sekiranya petender gagal memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.

 

MAKLUMAT BAYARAN :

Harga : RM500.00

Bayaran Secara Atas Talian JomPAY

BILLER CODE (KKR) : 177501

REF 1 : JKR/CKUB/22517/2023

REF 2 : NAMA SYARIKAT KONTRAKTOR

Bayaran TIDAK akan dikembalikan sekiranya petender gagal memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.

 

PERINGATAN :

Pejabat Memanggil Tender (PMT) tidak akan bertanggungjawab di atas kecuaian Kontraktor dalam memastikan kesempurnaan penerimaan emel, isu pembayaran dan dokumen yang dimuat turun.

Tarikh Tutup