REQUEST FOR PROPOSAL
CADANGAN PENSWASTAAN PROJEK LEBUHRAYA KORIDOR UTARA SECARA KERJASAMA AWAM SWASTA
UNIT KERJASAMA AWAM SWASTA JABATAN PERDANA MENTERI
Syarikat yang berdaftar di Malaysia, termasuk usaha sama dan konsortium yang mempunyai kepakaran dan pengalaman yang berkaitan dijemput untuk menyertai Request for Proposal (RFP) ini seperti berikut
SESI TAKLIMAT
Tarikh: 16 Mac 2023
Masa: 8.30 pagi
Tempat: NCIA Perlis Office, Ground Floor, Bangunan CVIA-IBC, Jalan Ulu Pauh -- Padang Besar, Chuping, Mukim Titi Tinggi, 02100 Padang Besar, Perlis
Lawatan Tapak :
1) Tarikh: 16 Mac 2023
Masa: 11.00 pagi
Tempat: Chuping Interchange, Perlis
2) Tarikh: 16 Mac 2023
Masa: 3.30 Petang
Tempat: Taman Tunku Sarina, Bandar Darulaman, Jitra, Kedah
3) Tarikh: 17 Mac 2023
i. Masa: 9.00 pagi
Tempat: Kawasan Perindustrian Batu Kawan, Bandar Cassia, Penang
ii. Masa: 11.00 pagi
Tempat: Tapak Cadangan Exit WCE Changkat Jering, Perak
Dokumen RFP
Tarikh dan Tempat Pembelian:
23 Mac 2023 (Khamis) hingga 31 Mac 2023 (Jumaat)
Isnin - Khamis
9.00 pagi - 12.00 tengah hari
2.00 petang - 3.30 petang
Jumaat
9.00 pagi - 12.00 tengah hari
3.00 petang - 3.30 petang
Harga: RM10,000 (Tidak dikembalikan)
Pembida hendaklah berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dan diakreditasi sebagai kontraktor Gred G7.
Kehadiran ke sesi taklimat dan lawatan tapak adalah DIWAJIBKAN dan pembida hendaklah diwakili oleh pegawai yang berjawatan tidak rendah daripada pengarah syarikat. Hanya pegawai yang namanya dinyatakan dalam perakuan pemerbadanan syarikat dibenarkan menghadiri sesi taklimat dan lawatan tapak tersebut dengan membawa salinan perakuan pemerbadanan dan meterai perbadanan syarikat.
Kegagalan syarikat menghadiri sesi taklimat dan lawatan tapak serta mengemukakan slip kehadiran bagi kedua-dua sesi taklimat dan lawatan tapak akan menyebabkan syarikat tersebut hilang kelayakan untuk membeli dokumen RFP dan menyertai RFP ini.
Bayaran dokumen RFP adalah dalam bentuk bank draf atas nama "AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA-JPM-T" dan urusan pembelian hendaklah dibuat di alamat berikut:
Seksyen Khidmat Pengurusan
Unit Kerjasama Awam Swasta
Jabatan Perdana Menteri
Aras 2, Blok Menara, Menara Usahawan
Persiaran Perdana, Presint 2 62652 Putrajaya.
Maklumat berhubung dengan syarat-syarat RFP ini dijelaskan dengan lebih lanjut dalam dokumen RFP. Semua cadangan hendaklah dikemukakan dalam sampul surat berlakri dan dimasukkan ke dalam Peti Tender di Aras 10, Blok Menara, Menara Usahawan selewat-lewatnya pada jam 12.00 tengah hari, 25 Oktober 2023. Cadangan yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan. Kerajaan tidak akan bertanggungan ke atas apa-apa jua kos dan perbelanjaan yang dibuat oleh pembida bagi menyertai RFP ini.