Jenis Perolehan
Sebutharga
Tarikh Iklan
Tajuk Perolehan
KERJA-KERJA PENGGANTIAN BARU SATU (1) UNIT PENGUBAH (TRANSFORMER) OIL TYPE BERKADARAN 3750 KVA DAN KERJA-KERJA BERKAITAN DI PLANTHOUSE RTM ANGKASAPURI, KUALA LUMPUR
Pejabat Yang Memanggil
CAWANGAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK, IBU PEJABAT KUALA LUMPUR
Gred CIDB
G3 DAN G4
Kategori
ME
Pengkhususan
- Sebut Harga adalah dipelawa kepada kontraktor-kontraktor tempatan yang berdaftar di Kuala Lumpur sahaja dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) serta Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) yang masih sah dalam Gred G3 dan G4 Kategori ME Pengkhususan E04, E05 serta E11.
- Kontraktor yang berminat dikehendaki membuat pendaftaran di atas talian melalui pautan https://forms.gle/N8NtN1ehgVWi7JAc7 atau imbas kod QR bermula dari 30 Januari 2023, jam 8.00 pagi sehingga 2 Februari 2023, jam 12.00 tengah hari sahaja.
- Taklimat Sebut Harga & Lawatan Tapak adalah diwajibkan. Hanya kontraktor yang telah melengkapkan pendaftaran dan melepasi saringan akan disenarai pendek dan dipelawa melalui email untuk ke sesi Taklimat Sebut Harga & Lawatan Tapak yang akan diadakan pada 7 Februari 2023, jam 10.00 pagi secara fizikal di Planthouse RTM Angkasapuri, Kuala Lumpur. Hanya penama di dalam sijil pendaftaran CIDB dibenarkan menyertai taklimat dan syarikat tidak boleh mewakilkan selain daripada penama bagi sesi Taklimat Sebut Harga.
- Dokumen Sebut Harga hanya boleh dimuat turun (Download) melalui pautan (Link URL) yang akan diemailkan kepada kontraktor yang melepasi saringan dan menghadiri Taklimat Sebut Harga & Lawatan Tapak. Tempoh untuk muat turun Dokumen Sebut Harga adalah bermula 7 Februari 2023 sehingga 9 Februari 2023.
- Dokumen Sebut Harga dalam bentuk salinan cetak (hardcopy) yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dengan hanya serahan tangan di alamat : Pengarah Kanan, Cawangan Kejuruteraan Elektrik, Tingkat 11, Menara Kerja Raya (Blok G), Ibu Pejabat JKR Malaysia, Jalan Sultan Salahuddin, 50480 Kuala Lumpur TIDAK LEWAT DARI JAM 12.00 tengahari, 16 Februari 2023 (Rabu).
- Sebarang pertanyaan sila email ke ashrafhafifie@jkr.gov.my atau hanizahm@jkr.gov.my .
Tarikh Mula Dijual
Tarikh Akhir Dijual
Harga Dokumen
RM0.00