Projek Pembinaan Laluan Taxiway Tambahan, Apron Dan Pagar Keselamatan Di Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute Of Aviation Technology (UniKL MIAT) Subang, Selangor. No. Tender : JKR/CKUB/22877/2022 | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
Jenis Perolehan
Tender
Tarikh Iklan
Tajuk Perolehan

Projek Pembinaan Laluan Taxiway Tambahan, Apron Dan Pagar Keselamatan Di Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute Of Aviation Technology (UniKL MIAT) Subang, Selangor. No. Tender : JKR/CKUB/22877/2022

Pejabat Yang Memanggil

Bahagian Kejuruteraan Infrastruktur Pengangkutan dan Cerun , Cawangan Kontrak & Ukur Bahan, Ibu Pejabat JKR Malaysia

Status Syarikat

BUMIPUTERA

Gred CIDB
G7
Kategori

CE

Pengkhususan

Gred, Kategori & Pengkhususan/Kelas, Tajuk & Tajuk Kecil/Kelas, Kepala & Sub-Kepala

Pendaftaran Kontraktor

1. Pendaftaran
i) Kontraktor hendaklah mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) yang sah dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dalam Gred G7 Kategori CE dan Pengkhususan CE01, CE17 dan CE21 dan Sijil Taraf Bumiputera (STB) ATAU;
ii) Kontraktor hendaklah mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) yang sah dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dan berdaftar dengan Unit Pendaftaran Kontraktor dan Juruperunding (UPKJ) dalam Kelas A, Kepala I – Sub kepala 1 dan Kepala III– Sub Kepala 2 dan Sijil Taraf Bumiputera (STB) ATAU;
iii) Kontraktor hendaklah mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) yang sah dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dan berdaftar dengan Pusat Pendaftaran Kontraktor-Kontraktor Kerja, Bekalan dan Perkhidmatan Negeri Sabah (PUKONSA) dalam Kelas A, Tajuk I – Tajuk Kecil 1 dan Sijil Taraf Bumiputera (STB)
2. Kontraktor berdaftar yang telah digantung oleh CIDB, UPKJ atau PUKONSA dari menyertai tender, TIDAK LAYAK untuk menyertai tender ini.
3. Kontraktor TIDAK DIBENARKAN memohon kebenaran khas daripada CIDB, UPKJ, PUKONSA untuk pengkhususan bidang kerja yang ditetapkan.
4. Bagi lawatan tapak atau sesi taklimat tender, hanya penama yang tercatat di dalam sijil PPK dan SPKK atau PUKONSA atau UPKJ atau STB yang dibenarkan menghadiri lawatan tapak atau sesi taklimat berkenaan. Kontraktor/syarikat tidak boleh mewakilkan pegawai selain daripada penama dalam sijil PPK dan SPKK atau PUKONSA atau UPKJ atau STB.

 

Tarikh Lawatan Tapak
Tarikh Mula Dijual
Tarikh Akhir Dijual
Harga Dokumen
RM500.00
Lawatan Tapak

1. TAKLIMAT TENDER DIWAJIBKAN

Taklimat Tender akan diadakan sepertimana berikut:
i. Tarikh : 15/12/2022 (Khamis)
ii. Masa : 10.00 pagi
iii. Tempat : Bilik Mesyuarat Senate,
UniKL Malaysian Institute Of Aviation Technology (MIAT),
Persiaran A, Off, Jalan Lapangan Terbang Subang,
47200 Subang Jaya, Selangor.

LAWATAN TAPAK DIWAJIBKAN

Lawatan Tapak akan diadakan sepertimana berikut:

i. Tarikh : 15/12/2022 (Khamis)
ii. Masa : 10.00 pagi
iii. Tempat : Tapak Projek,
UniKL Malaysian Institute Of Aviation Technology (MIAT),
Persiaran A, Off, Jalan Lapangan Terbang Subang,
47200 Subang Jaya, Selangor.

2. JKR E-TENDERING (SISTEM JET) :

Proses tender ini dilaksanakan secara dalam talian melalui Sistem JET.
a) Kontraktor yang berminat menyertai tender hendaklah membuat pendaftaran dalam portal https://tender.jkr.gov.my. Pendaftaran akaun pengguna (kontraktor) hanya perlu dibuat sekali sahaja dengan menggunakan nama syarikat yang berkenaan.

b) Hanya kontraktor berdaftar sahaja boleh menyertai tender yang menggunakan Sistem JET. Langkah-langkah untuk membuka akaun dan mendaftar masuk sistem boleh dirujuk menerusi Manual Pengguna yang boleh dimuat turun melalui portal https://tender.jkr.gov.my.

c) Kontraktor yang telah berdaftar dengan Sistem JET akan menerima ID dan kata laluan untuk log masuk, melihat paparan iklan, membeli dan mengemukakan dokumen tender.

TAKLIMAT TENDER & LAWATAN TAPAK :

a) Kontraktor yang LAYAK dan berminat dikehendaki untuk memohon untuk hadir ke Taklimat Tender dan Lawatan Tapak melalui Sistem JET.

b) Segala Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Agensi Kerajaan yang berkaitan hendaklah dipatuhi. Sila bawa Cop Syarikat Beralamat untuk memudahkan urusan pendaftaran semasa taklimat tender & lawatan tapak dijalankan.

PEMBELIAN DOKUMEN TENDER :

a) Kontraktor yang LAYAK perlu memuatnaik salinan (dalam format *pdf) Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil Taraf Bumiputera(STB) dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dengan CIDB; atau PPK, STB dan UPKJ; atau PPK, STB dan PUKONSA yang disahkan dalam Gred/Kelas, Kategori/Tajuk/Kepala & Pengkhususan/Tajuk Kecil/Sub Kepala yang ditetapkan dan bukti pembayaran (Slip JomPAY) bagi tujuan pembelian dokumen tender.

b) Dokumen tender hanya akan dijual kepada Kontraktor yang LAYAK berdasarkan kepada maklumat pendaftaran dan bukti pembayaran yang dikemukakan. Bayaran TIDAK akan dikembalikan sekiranya petender gagal memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.

MAKLUMAT BAYARAN :
Harga : RM500.00
Bayaran Secara Atas Talian JomPAY
BILLER CODE : KKR 177501
REF 1 : JKR/CKUB/22877/2022
REF 2 : NAMA SYARIKAT KONTRAKTOR
Bayaran TIDAK akan dikembalikan sekiranya petender gagal memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.

 

Tarikh Tutup