TAMPIN: Kajan sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorog (MLFF) yang dikenali sebagai sistem tol gantri dijalankan Lernbaga Lebuhraya Malaysia (LLM) di beberapa lebuh raya di Lembah Klang dijangka siap sebelum akhir tahun ini.
Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata kementeriannya kemudian akan mengemukakan cadangan ini kepada kabinet untuk dipertimbangkan.
â€Berbanding sistem sedia ada, melalui MLFF kesesakan teruk di plaza tol pada waktu puncak dapat dikurangkan kerana kenderaan mampu melaluinya tanpa perlu memberhentikan kenderaan mereka,†katanya kepad pemberita selepas merasmikan program Sepakat BESTARI Daerah Tampin anjuran Jabatan Penerangan di perkarangan surau Al-Jannah, Taman Gunuang Mas, di sini.
Beliau yang juga Ahli Perliman Tampin berkata, sistem MLFF digunakan secara meluas di Eropa, Amerika Syarikat, Australia, Kanada serta Singapura menggunakan pengimbas laser untuk mengenal pasti kelas kenderaan sebelum bayaran ditolak daripada kad tol prabayar.
Melalui sistem itu, pengguna lebuh raya hanya perlu menggunakan kad tol prabayar dan memandu melintasi palang pengimbas tanpa perlu memperlahankan atau menghentikan kenderaan.