Pensijilan ISO elak kecuaian | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama

KUALA LUMPUR – Langkah mewajibkan semua kontraktor kelas A memiliki pensijilan ISO memang perlu dilaksanakan terutama pada ketika Negara sering dikejutkan dengan pelbagai insiden akibat kecuaian dan ketidak sempurnaan dalam sektor pembinaan.

Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (Niosh), Tan Sri Lee Lam Thye, berkata pensijilan ISO seperti jaminan kepada peningkatan kualiti kerja selain daripada membantu menambah baik imej kontraktor itu sendiri dalam menguruskan sesuatu projek yang dilaksanakan.

“Kita sememangnya memerlukan kontraktor yang berwajib, bertanggungjawab dan berkemampuan dalam usaha memacu negara kearah negara maju.

“Oleh itu, adalah penting sesebuah syarikat pembinaan yang menjalankan projek berskala besar untuk mendapatkan pengiktirafan pensijilan ISO kerana ia memberi keyakinan kepada orang ramai dan pelabur asing,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau mengulas cadangan Kementerian Kerjaraya yang ingin mewajibkan pemilikan pensijilan ISO kepada semua kontraktor kelas A sebagai syarat untuk mendapat projek bernilai tinggi dalam Rancangan Malaysia Kesepuloh (RMK-10).
 

Tarikh
Surat Khabar
Berita Harian