KUALA LUMPUR-Terowong Pengurusan Air Banjir dan Jalan (SMART) laluan kearah Seremban akan ditutup selama tiga jam pada pagi Ahad ini untuk latihan kebakaran.
Ia membabitkan dek atas terowong itu dan akan ditutup mulai jam 8 pagi hingga 11 pagi, kata syarikat itu dalam satu kenyataan semalam.
Latihan kebakaran itu membabitkan Jabatan Bomba dan Penyelamat serta agensi kerajaan.
Pegawai Perhubungan Smart, Wan Azhar Wan Yeop , ketika dihubungi berkata, latihan kali ini adalah yang ketiga seumpamanya selepas kali pertama dan kedua pada Mac dan April lalu.
"Latihan sebegini adalah satu proses berterusan dan dibuat atas permintaan bomba. Selain memberi pendedahan kepada kakitangan Smart tentang langkah keselamatan, latihan ini juga disasarkan untuk kakitangan bomba sendiri bagi memahami struktur terowong selain mempertingkatkan kemahiran mereka," katanya.
Sementara itu, laluan kedua-dua hala bagi Jalan Lingkaran Tengah Dua (MRR) di lokasi sekitar kilang Glaxo Smith Kline dan Taman Hillview, Ulu Klang akan dilencongkan pada isnin ini bagi kerja pembinaan jejambat projek Lebuhraya Duta Ulu Klang (DUKE)