Plus guna sistem perjalanan sama sepanjang cuti Deepavali | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama

KUALA LUMPUR: Berikutan keberkesanan jadual Perjalanan sempena Aidilfitri baru-baru ini, Plus Expressways berhad (Plus) akan menggunakan sistem sama sepanjang cuti Deepavali, Khamis ini membabitkan tiga peringkat bermula lusa bagi melancarkan perjalanan di Lebuh Raya Utara - Selatan.

Mulai Rabu hingga Ahad ini, di jangka lebih 1.1 juta kenderaan menggunakan lebuh raya itu setiap hari berbanding 1.2 juta kenderaan pada Aidilfitri baru-baru ini manakala bagi perjalanan pulang selepas perayaan, dijangkakan kesesakan berlaku secara berperingkat pada 11 November ini.

Ketua Operasi Plus, Nik Airina Nik Jaffar, berkata lebih 60 peratus penguna lebuh raya mengikuti cadangan waktu perjalanan yang dirangka hasil kerjasama Plus dengan Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM). Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan AMP Radio Networks sepanjang Aidilfitri lalu.

"Walaupun jadual perjalanan itu pertama kali digunakan pada musim perayaan selepas memperkenalkannya pada cuti Hari Kemerdekaan, didapati perjalanan dan keselamatan pengguna lebih terjamin.

"Plus turut merancang menggunakan sistem perjalanan berjadual bagi setiap musim perayaan besar pada masa akan datang dan diharap orang ramai dapat memberikan kerjasama dengan mengikut waktu disarankan," katanya pada sesi taklimat di sini, semalam.

Berikutan Deepavali kali ini masih dalam bulan Syawal, Plus turut menambah 30 Peratus tenaga kerja bantuan di sepanjang lebuh raya dan perhentian rehat menjadikan jumlah keseluruhannya seramai 4,000 kaki tangan termasuk 113 pasukan PLUS-Ronda.

Nik Arina berkata, antara persediaan lain bagi menghadapi lalauan yang berisiko sesak, Plus membuka lorong tambahan kearah Selatan dari Seremban ke Ayer Keroh menakala kearah Utara, dari Rawang menuju Tanjung Malim.

"Bagi pengguna yang ingin mendapatkan maklumat terkini mengenai keadaan trafik di Lebuh raya Utara-Selatan, mereka boleh menghubungi talian bebas tol PlusLine 1800 88 0000 atau menerusi radio Era, My FM, Hitz.fm, Mix fm, LiteFM, Sinar, Xfresh, THR Raaga dan THR Gegar.

 

Tarikh
Surat Khabar
Berita Harian