Lampu isyarat dijangka tahun depan | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama

SEKSYEN U10 - Jabatan Kerja Raya (JKR) dijangka akan memasang lampu isyarat di persimpangan Lebuh raya Puncak Perdana-Puncak Alam di sini, selewat-lewatnya tahun depan.

Jurutera JKR Daerah Petaling, Jamilul Nasir Saad memberitahu pihaknya telah meneliti kertas cadangan pembinaan lampu isyarat tersebut dan tidak mempunyai masalah untuk meluluskannya.

Bagaimanapun JKR tidak dapat memasang lampu isyarat tersebut dalam waktu terdekat ini kerana peruntukan untuk kemudahan itu bagi tahun ini telah digunakan sepenuhnya.

"Tahun ini semua peruntukan telah habis dan kita terpaksa menuggu bajet dari kerajaan negeri untuk tahun depan pula. Dianggarkan lebih RM200,000 di perlukan untuk tujuan tersebut," katanya.

Jamilul Nasir mengulas rungutan pelajar Universiti Teknologi Mara (UITM) cawangan Puncak Perdana di sini yang mahukan JKR dan Majlis Bandar raya Shah Alam (MBSA) memasang lampu isyarat di laluan Jalan Puncak Alam-Puncak Perdana berdekatan pejabat jualan NusaRhu yang sehingga kini mengakibatkan puluhan kes kemalangan.

Selain itu, keadaan jalan yang curam dari arah Kampung Melayu Subang juga menjadi punca kerap berlaku kemalangan terhadap kenderaan dari susur keluar taman-taman perumahan di situ.

Tarikh
Surat Khabar
Sinar Harian