Pindah Plaza Tol Jelapang dipercepat | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama

IPOH: Kementerian Kerjaraya memberi jaminan akan mempercepatkan proses pemindahan Plaza Tol Jelapang yang dianggap 'laluan maut' dalam tempoh enam bulan ke kawasan lebih selamat. 

Menterinya, Datuk Seri S Samy Vellu, yang memberi jaminan itu berkata, dalam tempoh enam bulan lagi selepas plaza tol baru iaitu satu kilometer dari situ siap dan Plaza Tol Jelapang akan dirobohkan. 

"Plaza tol ini (Plaza Tol Jelapang) akan kita roboh dan saya percaya kita boleh atasi masalah kemalangan yang sering berlaku di sini," katanya selepas melawat kawasan kemalangan di Plaza Tol Jelapang dekat sini, yang meragut tujuh nyawa, awal pagi semalam. 

Plaza tol baru bernilai RM260 juta kira-kira satu kilometer dari Plaza Tol Jelapang itu sebelum ini dijangka dapat disiapkan selewat-lewatnya pertengahan tahun ini. 

 

 

Tarikh
Surat Khabar
Berita Harian