KUANTAN - Sejak dibuka tiga tahun lalu, Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) tidak pernah ditutup.
Bagaimanapun sejak malam semalam, buat oertama kali LPT terpaksa ditutup kepada semua kenderaan bermula dari susur keluar Karak sehingga persimpangan keluar ke Lanchang dekat sini gara-gara banjir.
Kawasan terbabit terletak di kilometer 84 lebuh raya berkenaan selepas dinaiki air pada jarak sejauh kira-kira 200 meter.
Bagaimanapun, laluan di kilometer 84 itu kembali dibuka pukul 1.30 petang semalam selepas air semakin surut dan selamat untuk dilalui kenderaan ringan.
Lokasi yang dinaiki air itu terletak di antara Plaza Tol Karak dengan kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Lanchang dan dipercayai berlaku akibat limpahan air Sungai Kelau yang terletak berhampiran.
Menurut jurucakap syarikat konsesi LPT, MTD Prime Sdn. Bhd., laluan berkenaan mula ditutup kepada semua jenis kenderaan sejak pukul 11.30 mlam kelmarin.
Berikutan penutupan laluan berkenaan, pengguna jalan raya dari Kuala Lumpur menuju ke Kuantan terpaksa mengambil lencongan alternative yang ada.
Sementara itu MTD Prime Sdn. Bhd. Dalam satu lagi kenyataan menasihatkan semua pengguna lebuh raya berkenaan supaya memandu dengan berhat-hati berikutan hujan lebat menyebabkan jalan licin.
Sehubungan itu, orang ramai yang ingin mengemukakan sebarang pertanyaan berhubung laluan sepanjang, LPT, mereka boleh menghubungi Primeline di talian 09-5479111," katanya.