Jambatan Pulau Pinang sesak 10 jam | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama

BUTTERWORTH 22 Dis - Jambatan Pulau Pinang mengalami kesesakan teruk hampir 10 jam sejak pagi tadi ekoran kemalangan kecil membabikan beberapa buah kenderaan selain jumlah kenderaan luar biasa yang menggunakan laluan itu.

Difahamkan, kesesakan teruk itu juga berpunca akibat pertambahan jumlah kenderaan yang berpusu-pusu masuk ke bahagian pulau selepas orang ramai balik daripada bercuti sempena Hari Raya Aidiladha.

Tinjauan Mingguan Malaysia sehingga pukul 8.30 malam ini mendapati, kesesakan teruk masih berlaku kira-kira empat kilometer dari laluan Seberang Jaya, di sini hingga ke laluan Plaza tol Jambatan Pulau Pinang.

Jurucakap Penang Bridge Sdn. Bhd. Memberitahu, satu kemalangan kecil membabitkan empat kenderaan berlaku kira-kira pukul 10 pagi ini sehingga menyebabkan berlaku kesesakan teruk di laluan itu.

Kesesakan itu dilaporkan semakin serius apabila dua lagi kemalangan kecil berlaku di laluan masuk menuju ke plaza tol kira-kira pukul 4 petang tadi.

"Kesesakan terus berlaku sehingga pukul 8 malam ini dan berdasarkan jumlah kenderaan yang hendak memasuki pulau, keadaan ini akan berterusan sehingga lewat malam ini," katanya di sini hari ini.

Jurucakap itu berkata, kesesakan teruk hanya serius di laluan masuk menuju ke plaza tol manakala laluan di tengah jambatan kembali lancer menjelang sebelah petang.

Bagaimanapun katanya, kesesakan tersebut hanya membabitkan laluan ke pulau manakala aliran trafik dari arah pulau ke tanah besar dilaporkan berjalan lancer.

 

Tarikh
Surat Khabar
Mingguan Malaysia