LITRAK tingkat keselamatan dan keselesaan pengguna | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama

DAMANSARA - Dalam memberikan keselesaan kepada pengguna, syarikat konsesi lebuh raya Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd (LITRAK) membuat penurapan dan pembesaran jalan di sepanjang laluan Leburhraya - Damansara Puchong sepanjang tahun 2007.

Di samping itu, tahap keselamatan di beberapa kawasan 'bahaya' seperti di persimpangan Jalan Semantan menuju ke Jalan Maarof serta selekoh tajam berhadapan LRT Kelana Jaya di lengkapi dengan ciri-ciri keselamatan.

Pegawai Eksekutif Kumpulan LITRAK, Sazaily Saidi berkata, laluan tersebut sudah dipasang dengan papan tanda, lampu amaran, pemantul cahaya serta garisan kuning agar pemandu berwaspada ketika melaluinya.

"Jalan-jalan yang menghadapi kesesakan dipantau dengan penggunaan kamera litar tertutup (CCTV) secara terus ke Pusat Kawalan Trafik Sprint bagi memastikan punca kesesakan. Jika kesesakan dikenal pasti berpunca daripada lampu isyarat kita akan mengawal lampu isyarat secara manual dari pusat kawalan.

Lebuhraya Sprint meliputi tiga laluan iaitu Damansa Link, Kayu Ara-Jalan Semantan, Kerinchi Link, Jalan Duta-Lebuh raya Persekutuan dan Penchala Link, TTDI-Mont Kiara.

Katanya, kini Pusat Kawalan Trafik SPRINT dilengkapi dengan 24 paparan televisyen dengan enam skrin besar dilengkapi ?swicher tayang? bagi membolehkan pengawal trafik memantau keadaan lebuh raya 24 jam sehari.

"48 buah CCTV kini diletakkan di sepanjang lebuh raya Sprint dan Lebuh raya Damansara-Puchong manakala 14 buah lagi CCTV dipasang dalam terowong Penchala.

Jika kerosakan dan ataupun kemalangan berlaku, peronda lebuh raya akan tiba dalam masa 20 minit dan kenderaan yang rosak akan ditunda ke tempat yang selamat.

Sazaily berkata, langkah ini perlu kerana walaupun hanya kemalangan kecil berlaku ia boleh mengakibatkan kesesakan yang teruk terhadap aliran trafik terutama pada waktu puncak.

"Hubungi pusat kawalan trafik dengan segera dan kalau boleh maklumkan sekali lokasi dengan merujuk kepada penanda kilometer jalan yang dipasang di tepi dan tengah lebuh raya,"katanya.

Jelasnya lagi, dengan kecanggihan teknologi yang digunakan, pengguna boleh mendapatkan maklumat mengenai keadaan trafik, selain dipelbagaikan dengan tip keselamatan dan penyelenggaraan kenderaan.

 

 

Tarikh
Surat Khabar
Sinar Harian